TAWAU: Tujuh suspek juvana kes merogol pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini akan dibebaskan hari ini (18 November)  dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, pembebasan berkenaan juga bagi membolehkan kesemua suspek menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung.

“Memandangkan dan mengambil kira bahawa kesemua suspek ini terlibat dengan SPM tahun ini, maka kita akan bebaskan dengan (ikat) jamin dahulu bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan.

“Mangsa juga sudah menjalani rawatan pemeriksaan di hospital,” katanya yang dipetik Sinar harian.

Terdahulu, beliau yang hadir Program Fun Ride dan Fun Run PDRM di sini menjelaskan pihaknya akan menyiapkan kertas siasatan dan jika terdapat bukti kukuh, pertuduhan akan dilaksanakan.

Katanya lagi, kesemua suspek juga akan dituduh di mahkamah pada satu tarikh yang ditetapkan selepas peperiksaan SPM tamat.

Sebelum ini, Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Mistirine Radin berkata, pegawainya akan berhubung dengan polis bagi membolehkan semua yang terlibat menjalani SPM yang sedang berlangsung.

16 November lalu, tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun di sebuah sekolah di Tawau ditahan reman tiga hari atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular