Sektor pertanian merupakan antara industri utama di Taiwan. Oleh yang demikian, dengan kepakaran dan pengalaman agrikultur dalam pertanian Tropika, pihak Taiwan Agricultural Technology Research Institute (ATRI) akan menganjurkan “Malaysia -Taiwan Agricultural Machinery and Materials Exhibition” bermula 22-24 November ini.

Anjuran itu dilihat sebagai satu peluang bagi mengukuhkan kerjasama pertanian antarabangsa. Bukan itu sahaja, bahkan berupaya mewujudkan peluang perniagaan bersama Malaysia. Difahamkan, Pihak ATRI telah berusaha memperluaskan teknologi dan peralatan pertanian yang berkualiti tinggi sehingga ke pasaran luar negara.

Bagi mendorong pasaran teknologi pertanian di luar negara, pihaknya telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat dari Taiwan, DONG YONG SU TRADING CO., LTD dan anak syarikat dari Malaysia, JI SHENG AGROTECH SDN. BHD.

Hasil daripada perjanjian tersebut, JS Agri-Park telah ditubuhkan. JS Agri-Park yang berkeluasan 11 hektar terletak di Batu 53, Jalan Air Hitam, 86200 Machap, Johor turut menjadi lokasi pameran tersebut berlangsung dan dipilih kerana lengkap dengan kemudahan pengangkutan selain lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan negara jiran, Singapura.

Justeru, dengan kepakaran dan pengalaman dalam bidang penternakan yang dimiliki oleh Taiwan, ia mampu memacu pengeluaran hasil akuakultur.

ATRI berusaha untuk memperluaskan teknologi dan peralatan pertanian Taiwan yang berkualiti tinggi ke pasaran luar negara. Oleh itu, ATRI mengadakan “Pameran Jentera dan Bahan Pertanian Malaysia dan Taiwan”. Diharapkan dengan pengenalan peralatan jentera pertanian dan automasi akan meningkatkan kecekapan operasi pengeluaran pertanian bagi pertanian Malaysia dan seterusnya meningkatkan peluang keuntungan bagi syarikat, petani dan pengguna di Malaysia.


Penganjur “Pameran Jentera dan Bahan Pertanian Malaysia dan Taiwan” adalah syarikat Malaysia, JI SHENG AGROTECH SDN. BHD. anak syarikat kepada DONG YONG SU TRADING CO., LTD. Tempat pameran adalah di JS Agri-Park. Pada masa yang sama, JS Agri-Park juga akan dijadikan sebagai tempat kekal untuk “Pusat Promosi Pertanian Taiwan”.

Kemudahan tirai tiga lapisan

Mesin penggunaan pertanian automatik

Benih tomato kecil Cai Wang

Jentera pertanian

Produk berasaskan ubi

Mesin pencantuman benih jenis klip lembut

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular