Mungkin anda masih ingat lagi tentang kisah seorang bekas guru yang berhenti daripada mengajar ekoran penyakit kanser limfoma tahap 4 dan menjalankan perniagaan kecil-kecilannya dengan membuat tag nama bagi menampung kehidupan keluarganya.

Mohd Izzuddin Zainal yang berasal dari Alor Setar, Kedah tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 8.05 malam (14 November) di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Facebook

Menurut isterinya, Suzana, doktor mengesahkan punca kematian suaminya adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru. Dia turut meminta maaf kepada mereka yang sudah membuat bayaran bagi mendapatkan tag nama dan berjanji akan memulangkan semula wang mereka.

Tahap oksigen arwah pada awal pagi 14 November dilaporkan semakin menurun selain bacaan pada semua mesin yang digunakan turun mencatatkan penurunan. Pada hari sebelumnya, arwah masih lagi berusaha menyiapkan tempahan tag nama walaupun mengalami sesak nafas.

Facebook

“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor masih tetap berusaha memberi bantuan pernafasan padanya”, cerita Suzana. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki yang berusia 5 dan 3 tahun.

Sebelum ini, kisah tentang arwah tular di laman media sosial berikutan keadaannya yang terlantar di atas katil namun tetap berusaha untuk mencari rezeki dengan menerima tempahan tag nama daripada pelanggannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular