JAKARTA – Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditahan oleh pihak polis berikutan menjadi ketua sebuah ajaran sesat, di mana dia difahamkan telah berjaya meyakinkan para pengikutnya untuk memasuki syurga dengan cara yang mudah.

Ajaran sesat berkenaan dikenali sebagai aliran Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Sheikh Yusuf mewajibkan pengikutnya untuk membayar sejumlah Rp10,000 (RM30) dan Rp50,000 (RM15) bagi membuktikan keahlian mereka selain menempah tempat di syurga.

Bukan itu sahaja, bahkan lelaki berkenaan turut berjaya memperdayakan pengikutnya dengan mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang rasul dan kononnya dia berkuasa untuk memanjangkan umur seseorang.

Kesemua para pengikutnya juga diwajibkan untuk membayar zakat berdasarkan berat badan, iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50 selain membayar zakat maal atau aset bernilai 2.5% daripada hasil pendapatan masing-masing.

Dia yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa kini didakwa atas pelbagai tuduhan seperti menghina agama, penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk serta pengubahan wang haram memandangkan motifnya adalah untuk menyesatkan orang lain.

Difahamkan bahawa penahanan lelaki ini berjaya menumpaskan kumpulan ajaran sesat berkenaan dan kini ia sedang disiasat oleh pihak polis dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia. Pihak berkuasa juga difahamkan telah merampas sebanyak 138 keping bukti daripada kediaman lelaki itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular