Apabila kita diberi lesen memandu yang sah untuk memandu apa juga jenis kenderaan berlesen, maka secara automatik sebenarnya kita telah diberi tanggungjawab untuk memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Seorang yang tidak menjaga dirinya dengan baik dan membahayakan nyawa orang lain dengan sikap yang keterlaluan boleh dianggap sebagai seorang yang cuai seperti pemandu bas dalam rakaman video ini.

We Are Malaysians/Facebook

Sebuah rakaman video tular berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook We Are Malaysians dengan kapsyen ‘Mabuk Ketum’ memaparkan seorang pemandu bas dilihat sedang khayal dalam dunianya dan memandu sebuah bas di atas lebuh raya dengan aksi yang amat membahayakan.

Dikatakan pemandu ini seperti sedang berada dalam pengaruh dadah dan dia kelihatan sedang menghisap sejenis rokok yang menyerupai daun ketum atau dadah jenis lain di dalam sebuah bas persiaran yang dipandu laju dengan menggunakan kakinya.

We Are Malaysians/Facebook

Rakaman video yang telah menjadi tular dengan lebih 83,000 tontonan dan 1,800 perkongsian netizen yang rata-rata berasa bimbang sekiranya mereka akan bertemu dengan pemandu bas seperti ini yang semestinya membahayakan nyawa orang lain tidak bersalah dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Tidak diketahui di mana lokasi sebenar perjalanan bas ini, tetapi apa yang pasti kedengaran dengan jelas dan kuat di speaker stereo dalam bas itu sebuah lagu dangdut dan pemandu bas ini sedang asyik menari sambil berdiri secara bahaya di atas tempat duduk pemandu.

We Are Malaysians/Facebook

Sambil menari dangdut dan menghisap rokok, kaki kiri dan kanannya mengemudi secara bergilir stereng bas yang sedang bergerak laju di atas sebuah lebuh raya. 

Dengan megah dia menari dan menyanyi sambil bermain gitar udara, dan rakaman video tersebut telah dirakamkan oleh salah seorang rakannya yang turut bersubahat menyokong aksi bahaya itu dengan gelak ketawanya.

We Are Malaysians/Facebook

Tidak diketahui apa masalah yang sedang bermain di dalam kepalanya sehingga menyebabkan dia bertindak memandu kenderaan awam dengan aksi membahayakan tanpa meletakkan akal yang waras dalam kotak pemikirannya.

Walaupun bas tersebut mungkin kosong dan tidak dinaiki oleh penumpang lain, namun ia tetap membahayakan pengguna lebuh raya terbabit sekiranya berlaku kemalangan.

We Are Malaysians/Facebook

Berdasarkan lagu dangdut yang berkumandang dengan kuat, seorang netizen mencadangkan aksi berbahaya ini bukan berlaku di Malaysia sebaliknya di Indonesia.

We Are Malaysians/Facebook

Namun begitu, sekiranya insiden ini berlaku di Malaysia, diharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini kerana aksi pemandu tidak bertanggungjawab terbabit amat berbahaya dan dia selayaknya tidak patut dibenarkan memandu sebarang kenderaan di atas jalan raya.

Tonton rakaman video di bawah: 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular