UDON THANI – Akibat bermain permainan pada komputernya sepanjang malam tanpa henti, seorang remaja, Piyawat Harikun yang berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok.

Piyawat yang difahamkan sedang bercuti bermula pada penghujung Oktober lalu itu, sering menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer sebelum dijumpai tidak sedarkan diri oleh bapanya.

Gambar Hiasan/Unsplash

Menurut bapanya, Jaranwit Piyawat, dia pergi ke bilik anaknya pada Isnin lalu dan ketika itulah dia mendapati tubuh anaknya berada di bawah seperti terjatuh daripada kerusi. Dia setelah itu cuba untuk mengejutkan anaknya namun gagal.

“Saya panggil namanya dan menyuruhnya bangun tetapi dia langsung tidak memberi sebarang tindak balas. Saya boleh lihat dia sudah tidak bernyawa lagi”, jelasnya.

Menurut kedua ibu bapa Piyawat, anak mereka itu akan berjaga sepanjang malam untuk menghabiskan masanya dengan bermain permainan pada komputer. Ketika waktu pagi pula, dia akan menutup langsir dan teruskan bermain.

Ibu bapanya pula akan membawa makanan ke biliknya dan memintanya untuk berhenti bermain, namun mendiang difahamkan enggan mengurangkan tabiatnya itu.

“Saya cuba memberi amaran padanya berkenaan dengan ketagihannya yang melampau itu dan dia juga sudah berjanji untuk mengurangkannya. Namun, semuanya sudah terlambat. Dia sudah pergi meninggalkan kami sebelum sempat berubah”.

Pasukan perubatan yang memeriksa mayat Piyawat tersebut mengesahkan bahawa remaja itu meninggal dunia akibat strok, di mana ia dipercayai berpunca daripada aktiviti bermain komputer dalam tempoh yang panjang tanpa henti.

“Saya mahu kematian anak saya ini menjadi teladan dan amaran buat para ibu bapa di luar sana yang berhadapan dengan tabiat buruk anak mereka yang ketagihan bermain game. Mereka perlu lebih tegas dalam mengawal ketagihan anak mereka bermain komputer”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular