KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut peruntukan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM/Facebook

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya mereka gagal memastikan anak-anak tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan,” katanya.

Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan kepada ibu bapa atau penjaga dengan kecuaian membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Datuk Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang.

YouTube

Menurut Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munasabah.

Sementara Kaedah 42(1) LN165/59 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng.

Datuk Azisman berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti peruntukan Seksyen 112(1)(a) akta yang sama.

“Tindakan menangkap penunggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil di sisi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit yang merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun,” katanya.

YouTube

Pada 1 November, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata secara dasarnya JPJ juga merujuk peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memberikan kuasa kepada pihak mereka untuk menilai isu tersebut sebelum sebarang tindakan diambil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular