LONDON – Everton dan Tottenham terikat 1-1 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 3 November. Namun perlawanan tersebut dibayangi oleh kecederaan serius yang melibatkan Andre Gomes.

Pada minit ke-79, pemain Tottenham, Son Heung-min melakukan terjahan ke atas pemain tengah Everton, Andre Gomes, namun terjahan tersebut sebenarnya tidak sebegitu keras. 

@Metissenoire09/Twitter

Gomes telah terjatuh dan bertembung dengan Serge Aurier yang menyebabkan pergelangan kaki kanan beliau mengalami kecederaan serius.

Son Heung-min dilayangkan kad merah, namun beliau tidak membantahnya dan terus beredar dengan perasaan yang sangat sedih kerana terkejut dengan kecederaan yang dialami oleh Andre Gomes.

Pada awalnya, Son telah diberikan kad kuning. Namun pengadil Martin Atkinson melihat kecederaan Andre Gomes amat serius lalu telah menukar dengan layangan kad merah.

@MirrorFootball/Twitter

Son Heung-min begitu sedih dan terus menangis melihat keadaan Andre Gomes dengan rasa bersalah ekoran insiden itu.

Insiden yang tidak disengajakan berlaku dengan begitu pantas. Terjahan Son Heung-min dilihat tidak berniat untuk memudaratkan namun kecederaan serius Andre Gomes merupakan kejadian di luar jangkaan.

“Terjahan oleh Son Heung-min telah mendedahkan Andre Gomes kepada bahaya,” jelas Premier League dalam kenyataan mereka yang menyokong tindakan pengadil Martin Atkinson yang membuat keputusan tersebut dengan bantuan Video Bantuan Pengadil (VAR).

@Metissenoire09/Twitter

“Son sangat sedih dan menangis walaupun itu bukan salah beliau. Son salah seorang insan paling baik yang pernah anda kenal,” jelas rakan sepasukan, Dele Alli.

“Malah, selepas insiden itu, Son tidak mampu untuk memandang ke tempat lain dan hanya terus menangis, “ tambah Alli.

Dalam aksi yang berlangsung di Goodison Park, Tottenham mendahului aksi perlawanan menerusi jaringan minit ke-63 oleh Dele Alli.

Namun, Everton menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cenk Tosun pada masa kecederaan minit ke-97.

Selepas tamat perlawanan, Everton mengesahkan Andre Gomes telah mengalami kecederaan serius dan menjalani pembedahan pada keesokan hari selepas kejadian.

@Bennet24_LFC/Twitter

Cenk Tosun berkata, “Son Heung Min sangat terkejut, dia menjerit dan menangis. Saya menenangkannya.”

Marco Silva pula yakin Andre Gomes akan segera sembuh dan kembali semula dengan lebih kuat selepas ini dengan berkata, “Ia satu detik sukar buat Andre selepas apa yang menimpa beliau. Lupakan dahulu perlawanan dan keputusannya.”

@FTwenttyone/Twitter

“Pemain-pemain kami sedang sugul. Detik sukar untuk kami semua di bilik persalinan terutama buat Andre. Saya harus bercakap adil. Ya itu satu terjahan keras, namun saya yakin 100 peratus bahawa Son Heung-min tidak berniat jahat terhadap Andre,” kata Marco Silva, pengurus Everton.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL SUKAN

Video Popular