Mungkin antara kita sudah sedia maklum bahawa apa-apa pakaian berwarna putih hendaklah diasingkan ketika hendak membasuhnya supaya warna lain tidak luntur padanya.

Namun bagi mereka yang tidak maklum akan perkara ini pasti tidak tahu akan akibat membasuh pakaian berwarna putih bersama pakaian berwarna lain.

Satu kisah yang memberi pengajaran kepada kita semua ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @AdliAmirullah.

Menurut Adli, dia secara tidak sengaja membasuh baju baharu isterinya yang berwarna putih bersama baju baharu berwarna merah. Akibatnya baju baharu berwarna putih tersebut telah bertukar warna menjadi merah jambu.

@AdliAmirullah/Twitter

Kata Adli lagi, apa yang menyedihkan ialah isterinya sengaja membeli baju baharu berwarna putih itu kerana dia tidak pernah memilikinya sebelum ini.

Kalut dengan apa yang telah terjadi, Adli tidak memberitahu isterinya tentang perkara itu malah cuba mencari solusi terlebih dahulu. Dia juga ada berfikir mahu menyembunyikan baju yang telah bertukar warna itu dan membeli baju yang sama dari kedai.

Lebih 9 ribu netizen telah memberi tindak balas akan perkara tersebut dengan memberikan pelbagai idea dan cadangan kepada Adli untuk menyelesaikan masalah itu.

Antaranya ialah rendam baju tersebut menggunakan sabun champaca, basuh baju tersebut dengan lemon, baking soda dan air panas, sabun mandi buku dan macam-macam lagi.

Adli cuba merendam baju tersebut dengan menggunakan clorox dan sabun dengan harapan warna merah jambu itu akan luntur dan mengembalikan warna asal baju tersebut namun tidak berhasil. Adli benar-benar buntu dan akhirnya mengambil keputusan untuk membeli baju baharu berwarna putih di pasaraya.

@AdliAmirullah/Twitter

Adli terus bergerak ke pasaraya di mana isterinya membeli baju putih tersebut. Dia menyangka baju tersebut dibeli oleh isterinya di Padini namun tidak ditemui di sana

Adli semakin resah lalu berjalan di seluruh pasaraya untuk mencari kedai yang mana ada menjual baju putih tersebut.

Nasib menyebelahi Adli apabila dia terjumpa baju putih yang terakhir di sebuah booth pakaian. Adli berasa sangat bersyukur kerana masalahnya kini sudah selesai.

@AdliAmirullah/Twitter

Selepas menyelesaikan misi mencari baju putih baharu, Adli berterus terang dengan isterinya tentang apa yang telah terjadi. Sangkanya isterinya akan marah atau merajuk tentang perkara tersebut tetapi lain pula yang jadi. Menurut Adli, isterinya merajuk kerana Adli tidak membawanya bersama ke pasaraya.

Kisah Adli ini telah di-retweet sebanyak 9 ribu kali dan mendapat 7200 tanda suka. Walaupun Adli bersungguh-sungguh mahu ‘menyelamatkan’ keadaan tetapi plot twist selepas dia berterus terang dengan isterinya.

Namun begitu usaha Adli untuk tidak mengecewakan isterinya memang patut dipuji. Adli sememangnya seorang suami yang baik hati dan bertanggungjawab.

Sumber: @AdliAmirullah/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular