SEPANG: Afridza Munandar, 20 yang merupakan penunggang Piala Bakat Asia (ATC) Idemitsu disahkan meninggal dunia dalam perlumbaan sokongan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP (@motogp) on

motogp/Instagram

Bendera merah dikibarkan sejurus pelumba dari Indonesia itu terbabit dalam satu kemalangan di selekoh 10 pada Pusingan 1. Menurut laporan, pelumba muda itu mendapat rawatan awal di tepi trek perlumbaan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan helikopter. Namun beliau tidak dapat diselamatkan walaupun usaha terbaik telah dilakukan untuk menyelamatkan beliau.

Facebook

Dikatakan saksi yang berada di tempat kejadian melihat Afridza mampu bangun semula untuk mengangkat motosikalnya namun belum sempat beliau berbuat demikian, beliau dilanggar pelumba lain sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Facebook

Difahamkan Afridza telah mencapai dua kemenangan dengan berada di tempat kedua dan ketiga setelah menamatkan 10 pusingan Piala ATC musim ini. Manakala pada pusingan terakhir di Litar Sepang lalu, Afridza sedang memburu kedudukan dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Menurut rekod, Afridza kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan 142 mata di mana beliau didahului oleh Takuma Matsuyama dan Sho Nishimura yang mana masing-masing berada di tangga pertama dan kedua.

Pasti tragedi ini ditangisi komuniti sukan permotoran lebih-lebih lagi pelumba muda yang berbakat besar ini sedang meningkat naik. Salam takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Afridza Munandar. Al-Fatihah.


Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular