SHAH ALAM: Seramai 14 anggota polis ditahan bersama dua botol air ketum dalam serbuan dijalankan di kawasan meletak kereta pasar raya di Shah Alam, 1 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, serbuan berlaku dilakukan pada jam 4.01 pagi di tingkat empat tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di sini.

Dalam serbuan berkenaan, dua botol berisi cecair itu ditemui di atas but belakang sebuah MPV dan satu lagi di bawah kenderaan berkenaan dalam pemeriksaan.

“Kesemua mereka ditahan dalam serbuan menerusi Ops Blue Devil dijalankan pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“14 anggota itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJB Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, serbuan itu dibuat susulan maklumat diterima mengenai sekumpulan anggota polis bersama enam kereta peronda (MPV) berkumpul di situ.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Bagaimanapun katanya, kesemua 14 anggota berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif mengambil bahan terlarang selain tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Dalam masa sama, JIPS Bukit Aman pula akan menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular