BELURAN: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik menyakitkan apabila tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Taman Pandan, di sini, 1 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa Afiah Faihah Zulkifli berusia tiga tahun, terpaksa menahan sakit selama 20 minit sebelum diselamatkan pasukan pomba dan penyelamat berikutan tersepit di bahagian pengering mesin basuh terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, kejadian berkenaan berpunca selepas kanak-kanak  berkenaan memanjat mesin basuh tersebut sebelum tersangkut di bahagian pengering

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.51 petang tentang kanak-kanak tersangkut di dalam mesin basuh melalui talian MERS999 sebelum menghantar lapan anggota bomba ke lokasi dengan sebuah jentera penyelamat.

“Bomba Beluran digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunakan sebuah jentera FRT diketuai Pegawai Bomba Muhamad Radif Barhim bersama tujuh anggota,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati seorang budak perempuan dilihat tersepit di dalam mesin basuh.

Jelasnya dalam usaha menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa, pasukan bomba terpaksa menggunakan air sabun cucian kain untuk melicinkan badan mangsa.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.16 petang,” katanya.

Menurut Rastam, kanak-kanak perempuan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular