MADRID: Seorang wanita nyaris maut selepas terjatuh di landasan ketika keretapi tiba di landasan stesen keretapi Estrecho, Madrid, pada 30 Oktober yang lalu.

Memetik Indianexpress berkata, wanita tersebut yang berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sedang menunggu tren berkenaan sambil leka dengan telefon bimbitnya.

Menerusi rakam CCTV, wanita berkenaan dilihat berdiri sebaris dengan penumpang yang lain untuk menunggu  ketibaan keretapi sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Namun ketika sebuah keretapi dari arah bertentangan telah tiba di stesen tersebut, wanita malang berkenaan  menyangka keretapi di ruang tempat dia menunggu menyebabkan dia terus berjalan menghampiri landasan tersebut.

Tindakan tersebut menyebabkan dia terjatuh di landasan berkenaan.

Wanita berkenaan bagaimanapun bernasib baik kerana keretapi tersebut sempat menekan brek dan wanita berkenaan hanya mengalami luka kecil.

Berkemungkinan, wanita berkenaan menganggap bahawa keretapi yang berhenti itu adalah di bahagian ruang tempatnya menunggu.

Sementara itu jurucakap agensi yang mengendalikan rangkaian keretapi itu berkata, bahawa penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Bagaimanapun, jurucakap yang enggan menyatakan nama itu berkata, rakaman itu perlu dikongsi untuk meningkatkan kesedaran penumpang supaya lebih berhati-hati di landasan keretapi.

Malah beliau turut menasihatkan penumpang supaya lebih berhati-hati ketika menaiki keretapi.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular