SEREMBAN – Satu keajaiban berlaku kepada satu pasangan suami isteri ini di mana bayinya yang baru berusia empat hari, disahkan telah meninggal dunia tetapi dikesan kembali bernyawa 10 minit kemudiannya.

Bayi berkenaan merupakan anak kepada penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad atau nama sebenarnya Mohd Saharani Muhammad. Walau bagaimanapun, hayat bayinya itu tidak bertahan lama apabila sekali lagi disahkan meninggal dunia.

“Anak saya dilahirkan normal dan doktor menjelaskan bahawa tiada sebarang masalah kesihatan walaupun dia dilahirkan awal 3 minggu daripada tarikh yang dijangkakan. Anak dan isteri kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya”, tambahnya.

Namun setelah dua hari anak ketiganya itu, Muhammad Aliff Khalifah dilahirkan, Aliff dikesan mengalami komplikasi pada jantung kirinyanya. “Dia secara tiba-tiba sukar bernafas menyebabkan saya segera membawanya ke hospital”, katanya.

Doktor memberitahu Saharani bahawa anaknya berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan perlu bergantung dengan mesin bantuan pernafasan.

Tidak sanggup melihat tubuh anak mereka dipenuhi wayar, dia dan isteri kemudian memutuskan untuk membenarkan mesin dicabut.

Selepas mesin dicabut, tahap oksigen didapati menurun dan anaknya berhenti bernafas tetapi dengan kuasa Tuhan, bayinya itu secara tiba-tiba dilaporkan bernafas semula.

Walau bagaimanapun, doktor menjelaskan bahawa hayatnya tidak lama dan diberi pilihan untuk menempatkannya di NICU atau dibawa ke rumah.

Redha dengan ketentuan, dia dan isteri bersepakat untuk membawanya pulang bagi memberi peluang kepada ahli keluarga yang lain untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

Sekitar jam 2 pagi (1 November), Aliff dilaporkan meninggal dunia di kediaman keluarga isterinya yang terletak di Senawang dan ia dipercayai berpunca daripada komplikasi jantung kiri yang dialami bayinya.

“Walaupun hanya dipinjam seketika, tetapi saya bersyukur”, jelasnya. Peluang hidup kali kedua tersebut menurutnya memberi kesempatan buat ahli keluarga agar dapat menatap wajah bayinya buat kali terakhir dan ia sudah cukup membahagiakannya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular