TOKYO: Istana bersejarah Jepun yang dibina lebih 500 tahun lalu ketika pemerintahan Ryukyu dilaporkan musnah terbakar, awal Khamis lalu.

Jurucakap polis Okinawa, Ryo Kochi berkata, istana yang terletak di selatan pulau Okinawa itu  hangus dijilat api sebelum merebak ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by globetrotter de la paternal (@globetrotterdelapaternal) on

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di kompleks bertingkat itu selepas menerima panggilan jam 2.47 pagi Khamis lalu.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Lebih 30 jentera dan 100 anggota bomba dikerah dalam usaha memadamkan kebakaran.

Istana Shuri adalah kunci utama kompleks yang dibina ketika Pemerintahan Ryukyu, dan dipercayai digunakan sejak tahun 1400-an.

Menurut Kochi, kebakaran bermula sebelum jam 3.00 pagi Khamis lalu masih belum diketahui punca sebenar.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

“Punca kebakaran belum ditentukan tetapi loceng amaran syarikat keselamatan berbunyi kira-kira jam 2.30 pagi.

“Kebakaran itu bermula di kuil utama dan kelihatan merebak pantas ke semua struktur utama,”katanya.

Menurutnya struktur terkini adalah pembinaan semula berdasarkan pelan asal dan gambar istana lama.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Sebelum ini, istana itu pernah musnah semasa Perang Dunia II tetapi ia telah dipulihkan dan dibuka semula sebagai taman nasional pada tahun 1992.

Sementara itu, Datuk Bandar Naha, Mikiko Shiroma berkata beliau terkejut dengan laporan kebakaran tapak warisan berkenaan.

“Saya amat terkejut dengan laporan awal kebakaran di Istana Shuri.

“Ia adalah tapak Warisan Dunia yang mewakili Okinawa,” kata Datuk Bandar, pada mesyuarat tergempar di ibu negeri Okinawa.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Istana tapak warisan dunia itu dibina lebih 500 tahun lalu dan sebahagian besar istana itu dibaik pulih pada tahun 1992 sebagai taman negara.

Tapak berkenaan kemudian diiktiraf sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada tahun 2000.

Media tempatan melaporkan, tiada laporan kecederaan diterima.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular