AMPANG: Empat remaja lelaki ditahan kerana menunggang basikal lajak yang dipercayai diubahsuai tanpa kelengkapan brek dan loceng di Taman Tasek Tambahan Ampang di sini, semalam.

Info Roadblock JPJ/Polis|Facebook

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Trafik (BSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, remaja yang masih bersekolah itu ditahan ketika anggota penguatkuasa dari Unit HMPV Bahagian Siasatan dan penguatkuasa Trafik (BSPT) Ampang melakukan pemantauan.

Info Roadblock JPJ/Polis|Facebook

“Kesemua remaja yang berusia 11 hingga 15 tahun itu ditahan sekitar 3 hingga 5 petang itu dan dibawa ke BSPT Ampang Jaya serta kesemua basikalnya telah disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 198,” katanya.

Saman telah dikeluarkan atas kesalahan menunggang basikal tanpa brek dan loceng di bawah Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Info Roadblock JPJ/Polis|Facebook

Polis turut memanggil kesemua ibu bapa dan penjaga remaja berkenaan untuk sesi kaunseling dan amaran keras.

Bagaimanapun kesemua remaja berkenaan dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan kes berkenaan dirujuk kes pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular