Bagi pencinta ‘bubble tea’ jenama terkenal nombor satu dari Taiwan, Xing Fu Tang pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasa minuman teh susu boba yang lemak berkrim bersama keenakan gula perang walaupun ia berharga agak mahal.

Namun disebabkan jenama minuman ini dilihat mempunyai potensi dan semakin popular terutama di Lembah Klang, maka pembukaan francaisnya di Malaysia didakwa mengalami masalah pengurusan dengan ibu pejabat syarikat induk mereka di Taiwan.

Insiden membabitkan pertikaian pengusaha francais Xing Fu Tang di Malaysia dengan syarikat induk di Taiwan telah dilaporkan di laman Facebook Xing Fu Tang Malaysia apabila mereka telah memuat naik beberapa gambar dua cawangan Xing Fu Tang telah disimbah dengan cat merah dalam dua kejadian berasingan pada 17 Oktober dan 26 Oktober.

Xing Fu Tang Malaysia/Facebook

Kapsyen dalam posting tersebut menyebut, “Kami tidak tahu siapa pelakunya, tetapi kami enggan tunduk kepada tindakan samseng.”

Dalam kejadian terbabit, suspek didapati menyasarkan simbahan cat merah di kafe pemilik secara khusus sehingga kenderaan tidak berkaitan yang diparkir di hadapan kafe itu turut menjadi sasaran tindakan vandalisme tersebut.

Xing Fu Tang Malaysia/Facebook

Motif serangan simbahan cat merah ala samseng itu masih tidak diketahui, tetapi pengusaha francais Xing Fu Tang ini dikatakan enggan menurut peraturan baru yang telah ditetapkan oleh syarikat induk Xing Fu Tang di Taiwan.

Pertikaian antara Xing Fu Tang Malaysia dengan ibu pejabat di Taiwan dikatakan berpunca daripada syarikat jenama teh boba terkenal itu kini sedang cuba meyakinkan pemegang francais di Malaysia untuk membeli mesin pembuatan teh boba yang baru pada kos lebih tinggi di samping kos barang mentah dan logistik yang turut dinaikkan.

Xing Fu Tang Malaysia/Facebook

Mereka turut mendakwa ibu pejabat Xing Fu Tang di Taiwan juga sedang merancang untuk membuka cawangan sendiri di Malaysia dan tindakan memberi tekanan kepada pengusaha francais di Malaysia adalah salah satu strategi mereka untuk menamatkan kontrak yang masih dipegang pengendali tersebut.

Meskipun begitu, dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun gambar insiden simbahan cat merah ke atas dua cawangan yang dimuat naik oleh laman Facebook Xing Fu Tang Malaysia kini menjadi tular dengan pelbagai spekulasi.

Xing Fu Tang Malaysia/Facebook

Pengusaha dua cawangan Xing Fu Tang terbabit telah membuat laporan polis dan turut menghantar rakaman CCTV dari kafe masing-masing bagi tindakan siasatan lanjut.

Sumber : Xing Fu Tang Malaysia/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia BISNES GLOBAL

Video Popular