LATODEIRO: Kira-kira 900 kanak-kanak di sebuah penempatan, selatan Pakistan di kesan dijangkiti HIV selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan dipercayai menggunakan jarum yang sama berulang kali.

Keadaan itu di kesan pada awal tahun lalu selepas sebilangan besar kanak-kanak di kawasan itu dilaporkan demam teruk.

Sebelum ini, penduduk kampung sering mendapatkan mengunjungi klinik seorang doktor yang bernama Ghanghro yang menawarkan perkhidmatan yang murah di bandar berkenaan.

Selepas wabak tersebut tersebar, kira-kira 1,100 kanak-kanak di kawasan berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan dan 900 orang daripadanya disahkan mengalami positif AIDS.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa adalan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua yang dijangkiti HIV itu adalah kanak-kanak yang pernah mendapat khidmat di klinik Ghanghro.

Doktor yang merawat di klinik berkenaan didapati menggunakan jarum tercemar yang telah dibuang di dalam tong sampah dan kemudiaan menggunakan semula untuk memberikan suntikan kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Malah, ada ibu bapa yang mendakwa klinik Ghanghro juga menggunakan jarum yang sama terhadap 50 orang kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Penduduk di kawasan berkenaan mendakwa ramai lagi dijangkiti virus merbahaya berkenaan namun hanya sebilangan kecil sahaja yang menjalani pemeriksaan kesihatan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular