KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak telah mengenakan larangan pengimportan babi dan semua produk babi dari negara-negara dijangkiti virus deman babi Afrika (ASF) termasuk produk babi dalam tin dari China sehingga dimaklumkan kelak.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) mengesan virus ASF pada salah satu daripada 17 sampel luncheon khinzir dalam tin diimport dari China yang dilakukan ujian asid Deoxyribonucleic (DNA) ASF.

Pengarahnya, Dr Adrian Susin menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, virus berkenaan yang dikesan telah disahkan oleh Kesihatan Awam Veterinari DVS, Salak Tinggi semasa ujian makmal menggunakan Real Time Polymerase Chain Reaction (q-PCR), Jumaat lalu.

“Setakat ini tidak ada jangkitan African Swine Fever ke atas babi dilaporkan di negeri ini. Pengesanan virus itu tidak mengubah status Sarawak sebagai negeri bebas ASF,” katanya.

Jabatan itu bagaimanapun, memberi jaminan bahawa setakat ini, tidak ada jangkitan virus ASF dilaporkan ke atas babi di negeri ini dan pengesanan virus itu tidak mengubah status Sarawak sebagai negeri bebas ASF.

“JPVS serta agensi-agensi lain akan melakukan pemeriksaan di semua pasar raya dan makanan yang dijangkiti virus berkenaan akan ditarik balik dari pasaran,” tegasnya.

Manakala produk-produk yang masih penghantaran perlu menjalani mekanisme ujian “hold-test-release” bagi memastikan produk-produk berkenaan bebas dicemari virus ASF.

“Setakat ini, JPVS telah menahan 220kg produk-produk haiwan di semua pintu masuk dibawa oleh pelawat atau orang yang datang ke negeri ini,”katanya.

Dalam masa sama, kompaun telah dikeluarkan kerana pelanggaran syarat-syarat import eksport dengan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 di pelabuhan laut.

Bagaimanapun Dr. Adrian berkata, perkara paling penting ialah kesedaran dalam kalangan rakyat Sarawak mengenai langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi melindungi industri ternakan babi bebas daripada virus berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular