Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah bertindak mengeluarkan arahan untuk mengharam serta membatalkan pengedaran 7 produk kosmetik terkenal di pasaran Malaysia kerana disahkan mengandungi bahan merkuri yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memberikan kenyataan umum mengenai pengharaman kesemua tujuh produk tersebut kerana mengandungi bahan beracun merkuri yang boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti lemah otot, melemahkan koordinasi, menyebabkan rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam pada kulit, runsing serta masalah deria.

“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia,” jelas Dr Noor Hisham menerusi tulisan di blognya.

kpkesihatan

Menerusi kajian-kajian yang dijalankan di Afrika, majoriti pengguna yang menggunakan produk terlarang ini selama satu hingga sembilan bulan akan mengalami sindrom nefrotik. Ia merujuk kepada suatu keadaan di mana adanya kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing sekali gus mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

Malah, pengesanan bahan racun berjadual di dalam setiap tujuh produk ini turut menyebabkan pihak KKM mengambil keputusan untuk membatalkan notifikasi bagi kesemua produk kosmetik yang terlibat. Justeru, para peniaga dan individu terlibat adalah dinasihatkan untuk hentikan penjualan dan pengedaran produk-produk ini berkuatkuasa serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dijatuhkan kepada mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar undang-undang. Bagi syarikat pula, kesalahan kali pertama akan dikenakan denda sebanyak RM50,000 dan bagi kesalahan yang berikut akan didenda sehingga RM100,000.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular