Biarpun vape belum diharamkan sepenuhnya kerajaan, vape atau rokok elektronik sememangnya terbukti lebih bahaya daripada rokok biasa.

Malah, individu yang menghisap vape bernikotin bukan sahaja terdedah kepada penyakit kanser, penyakit berbahaya lain yang boleh menjejaskan kesihatan berikutan kandungan cecair vape tidak jelas selain tiada bukti penggunaannya adalah selamat.

Wan Muhamad Amirul/Facebook

Terbaru viral di laman sosial Facebook, Wan Muhamad Amirul berkongsi ‘penderitaan’ yang dirasai kesan daripada penggunaan vape.

Pemuda berkenaan berkongsi pengalaman perit hidupnya di Facebook dan dikongsi lebih daripada 7,200 pengguna di laman berkenaan.

Wan Muhamad Amirul/Facebook

Kata Amirul dia mula menghisap vape sejak tiga bulan sebagai cubaan untuk menghentikan amalan merokok, namun ternyata jalan mudah yang dilalui juga ‘sesat’ kerana bukan sahaja merbahaya tetapi merosakkan diri sendiri.

Lebih malang dia terpaksa menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa.

Katanya lagi, menghisap vape juga merupakan punca tonsilnya membengkak dan menyebabkan ketumbuhan dalam hidung yang dipercayai air vape berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan Amirul berkata, terpaksa menahan sakit selain mengeluarkan kos yang tinggi sehingga ribuan ringgit selepas menyakitkan diri sendiri.

Wan Muhamad Amirul/Facebook

“Dari pengalaman diri saya sendiri, saya mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dgn menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni.

“Tiga bulan sebelum ini, memang terlalu kerap saya menghisap vape, sehinggakan saya boleh katakan taknak pada rokok,” katanya di akaun facebook beberapa hari lalu.

Namun kini dia menyesal, amalan yang dilakukan itu sebenarnya merugikan diri sendiri.

Katanya selepas diteliti semula berkaitan tonsil yang dialami sebelum ini, kemungkinan besar berpunca dari wap air vape.

Wan Muhamad Amirul/Facebook

Jelas dia lagi, vape bukanlah jalan yang mudah untuk berhenti merokok kerana tidak sesuai dengan antibodi sesetengah individu.

“Saya bukan menggalakkan merokok, tetapi ia bergantung kepada diri sendiri.

“Perkara ini bukan mainan, lagi bila kena sakit sehingga memerlukan pembedahan, “ ujarnya yang bersyukur masih diberi peluang kedua.

Semoga pengalaman tersebut memberi panduan kepada semua perokok tegar di luar sana!

Sumber: Wan Muhamad Amirul/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular