KUALA LIPIS: Selepas 22 jam hilang akhirnya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui jenazah Mohd Firdaus Mohamad Hanif, anak pelakon Fauziah Nawi yang dilaporkan lemas di Sungai Jelai, semalam.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah menerusi Facebook miliknya berkata, penemuan tersebut dimaklumkan oleh adiknya yang kini berada di lokasi pencarian.

“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.

“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi mayatnya sudah ditemui.

“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jenazah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Dalam keadaan sebak, seniwati itu turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan anaknya.

“Innalillahiwainnailaihirrajiun, berakhir sudah kehidupan anak saya. Allahuakbar, Pitt,” katanya lagi.

Pitt Hanif,yang juga seorang pengarah filem dikatakan pergi memancing Bersama seorang teman sebelum percayai lemas selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, sekitar pukul 1 tengah hari, 26 Oktober.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat pengarah filem berusia 43 tahun diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata, operasi disertai 74 individu termasuk anggota dan pegawai daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular