OHIO: Seorang remaja terkilan selepas keinginan menyertai marathon tidak kesampaian apabila penyertaannya dibatalkan semata-mata kerana dia berhijab.

Noor Alexandria Abukaram berkata, dia berjaya tiba di garisan penamat namun terkejut selepas dimaklumkan penyertaannya terbatal berikutan tidak menghantar borang kebenaran untuk berhijab kepada pihak penganjur.

Pelajar dari sekolah tinggi Sylvania Northview yang meluahkan kekecewaan menerusi Facebook miliknya mengakui dia tidak menyedari namanya telah digugurkan daripada acara berkenaan.

Noor Alexandria Abukaram | Facebook

Malah tidak mengetahui perlu mengisi borang lain untuk permohonan mengenakan hijab ketika menyertai larian berkenaan.

“Saya tidak tahu nama digugurkan, malah berjaya melepasi garisan penamat sejauh 5 kilometer dengan rekod 22 minit 22 saat.

“Apa yang berlaku ini sungguh mengecewakan,” katanya sebak.

Malah remaja muslim yang berusia 16 tahun  itu mengakui sukar untuk menerima alasan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan semata-mata kerana berhijab.

Katanya memakai hijab adalah satu kewajipan buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Abukaram (@nooralexandria) on

“Tudung adalah sebahagian daripada hidup saya dan jika mereka meminta saya membuka tudung jika mahu menyertai maraton, ia adalah satu tindakan yang sangat memalukan,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio (OHSAA), Tim Stried  dalam satu kenyataan berkata, peserta berhijab perlu mengemukakan borang kebenaran untuk berhijab ketika menyertai pertandingan.

Namun Noor Alexandria tidak mengemukakan sebarang borang ketika menyatakan untuk menyertai larian berkenaan, sekali gus melanggar tatacara pemakaian pertandingan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular