Keselamatan merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjalani kehidupan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan benda-benda yang tajam, senjata mahupun peralatan yang dijana daripada elektrik.

Baru-baru ini, seorang pengguna Jessie Oi telah berkongsi satu kejadian di laman Facebook yang cukup membahayakan terjadi kepada seseorang yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Facebook

Menurut perkongsian itu, individu berkenaan difahamkan sedang lena tidur, sebelum dirinya tersedar ekoran bunyi letupan yang kuat disamping percikan api daripada telefon bimbitnya yang sedang dicas. Dia lantas mematikan suis dan terus mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai.

Facebook

Lebih mencemaskan lagi apabila langsir di biliknya itu sudah terkena api, sementara keseluruhan rumahnya telah dipenuhi dengan asap. Mujurlah adiknya yang ketika itu berada di tandas luar rumah bergegas masuk ke dalam setelah mendengar jeritannya.

Facebook

Difahamkan bahawa tiada sebarang kecederaan berlaku. Mungkin kita semua sering sahaja mendengar kisah sebegini dikongsikan oleh mana-mana individu yang menjadi mangsa penggunaan telefon bimbit yang sedang dicas secara terus daripada soket elektrik.

Jadi, diharapkan agar kisah ini menjadi pengajaran kerana sebelum berlaku pada diri kita sendiri, adalah lebih baik untuk kita mencegahnya. Elakkan cas telefon bimbit ketika sedang tidur, terutamanya berdekatan dengan katil anda.

Gunakan wayar sambungan yang diluluskan oleh SIRIM dan kabel pengecas telefon yang diiktiraf serta dijamin selamat. Jangan gunakan telefon bimbit ketika sedang dicas dan hanya gunakan power bank yang tulen sahaja bagi menghindari perkara sebegini berlaku.

Sumber: Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular