Filem animasi Abominable terbitan DreamWorks Animation dan Pearl Studio tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas penerbitnya enggan mematuhi syarat Lembaga Penapisan Filem (LPF) supaya memotong babak kontroversi yang memaparkan sempadan China di Laut China Selatan.

NHAC NGUYEN/AFP via Getty Images

Dalam filem tersebut, garisan berbentuk U telah digunakan pada peta China yang menggambarkan tuntutan ‘propaganda’ wilayahnya terhadap sempadan lebih luas Laut China Selatan yang kaya sumber, termasuk kawasan yang dituntut oleh negara lain.

YouTube

Babak peta kontroversi itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di beberapa negara ASEAN termasuk Taiwan.

Tayangan filem Abominable telah pun diharamkan oleh kerajaan Vietnam, manakala Filipina yang tidak mengamalkan undang-undang penapisan dan pengharaman filem, tidak menghalang tayangan filem Abominable di negara mereka, tetapi pihak kerajaan menyarankan agar rakyatnya memboikot filem tersebut.

YouTube

Pada minggu lalu, LPF telah memberi lampu hijau untuk tayangan filem Abominable di Malaysia dengan syarat babak kontroversi itu dibuang terlebih dahulu.

Filem Abominable dijangka ditayangkan di Malaysia mulai 7 November 2019, namun ekoran DreamWorks dan Pearl Studio enggan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh LPF, maka tayangan filem animasi tersebut terpaksa dibatalkan di negara ini.

YouTube

Filem arahan Jill Culton ini mengisahkan pengembaraan sekumpulan remaja merentasi 3000 batu dari Shanghai ke pergunungan Himalaya di mana mereka pada mulanya telah bertemu dengan Yeti yang masih muda dan tersesat. Mereka yang berasa kasihan dengannya telah mengambil keputusan untuk menyatukan kembali makhluk ajaib ini dengan keluarganya di gunung Everest.

Tonton trailer filem animasi Abominable di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN Kebenaran

Video Popular