MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengundang kebimbangan khasnya pada pihak gereja berhubung dengan tindakannya yang mengarahkan seorang pegawai kanan polis untuk membunuh penagih dan pengedar dadah di Bacolod.

Pada 16 Oktober lalu, Duterte difahamkan telah melantik Leftenan Kolonel Jovie Espenido sebagai pengarah polis untuk operasi di Bacolod, selepas beliau bertindak memecat Ketua Polis Bacolod dan empat pegawai ekoran terlibat dengan dadah.

Espenido sebelum ini mencetuskan kontroversi ketika menjawat jawatan Ketua Polis Albuera di Leyte, dan Ozamiz, apabila dua orang Datuk Bandar, Rolando Espinosa dan Reynaldo Parojinog telah dibunuh semasa operasi polis yang dijalankan pada tahun 2016 dan 2017.

STRINGER/AFP/Getty Images

Menurut Ketua Paderi San Carlos, Gerardo Alminaza, arahan yang memberi kebenaran untuk membunuh tersebut bakal mengakibatkan suspek narkotik dibunuh tanpa diberi pengadilan sewajarnya.

“Saya harap Espenido dan pasukannya memiliki moral dan integriti yang tinggi ketika melaksanakan tanggungjawab mereka. Mereka perlu gunakan pertimbangan akal sebelum menembak mati suspek atau pesalah narkotik”, luah Gerardo.

Dalam pada itu, Duterto yang terkenal dengan kelantangannya itu berkeras untuk meneruskan arahan tersebut tanpa mempedulikan amaran bahawa dirinya boleh didakwa atas kebenaran membunuh yang diarahkannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular