KUALA LUMPUR:  Kira-kira 300 penduduk dari China sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur demi menuntut hak mereka selepas menyedari ditipu oleh sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di ibu negara ini.

Kesemua rakyat itu menyuarakan kekecewaan dengan cara mengadakan bantahan di hadapan syarikat pelaburan berkenaan di Jalan Ampang, 18 Oktober lalu.

Sehari terdahulu, mereka juga mengadakan protes di hadapan Kedutaan China dan mendesak pihak berkuasa termasuk pihak polis mencampuri masalah kerugian yang mereka alami.

Difahamkan syarikat pelaburan tersebut beribu pejabat di Pulau Pinang dan memiliki cawangan di Kuala Lumpur.

Syarikat itu telah beroperasi sejak 2015 lagi mengawal keuntungan melalui permainan wang serta memperdaya pelanggan dengan menyatakan nilai mata wang yang dilabur telah meningkat.

Menurut wakil mangsa, kira-kira tiga juta penduduk terpedaya dengan pelaburan berkenaan.

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular