PARIS: Sejenis organisma misteri yang dipanggil ‘Blob’ menyerupai kulat tetapi mempunyai sifat seperti haiwan buat pertama kali dipamerkan di Taman Zoologi.

STEPHANE DE SAKUTIN/AFP via Getty Images

Memetik Sinar Harian, unisel yang berwarna kekuningan itu didakwa tidak mempunyai mulut, perut atau mata.

Namun, mampu mengesan makanan dan mencernakannya.

Menurut Pengarah Muzium Sejarah Semula Jadi di pusat itu, Bruno David, Blob mempunyai hampir 720 jantina dan boleh bergerak tanpa kaki atau sayap.

“Selain itu, mampu menyembuhkan dirinya dalam tempoh dua minit. Paling memeranjatkan, ia tiada otak namun mampu belajar.

Jika anda gabungkan dua blob bersama, salah satu daripadanya yang telah belajar tentang sesuatu akan memindahkan maklumat atau pengetahuan kepada pasangannya,” katanya.

Dalam masa sama, Bruno David berkata, organisma berkenaan bukan sejenis tumbuhan.

“Kami yakin ia bukan sejenis tumbuhan namun kami tidak pasti sama ada ia haiwan atau kulat.

“Ini kerana walaupun ia kelihatan seperti cendawan, ia ada sifat seperti haiwan dan boleh belajar,” kata David lagi.

Difahamkan, nama blob itu dinamakan sempena filem sains fiksyen seram yang dikeluarkan pada 1958 dan dibintangi Steve McQueen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular