NEW YORK: Johnson & Johnson menarik balik 33,000 bedak talkum bayi keluarannya di pasaran Amerika Syarikat (AS) berikutan penemuan bahan asbestos dalam sampel dari satu botol yang dibeli atas talian.

Johnson & Johnson dalam satu kenyataan berkata, pihaknya secara sukarela menarik balik produk yang nombor sirinya #22318RB, terdiri daripada 33,000 botol, dan menasihatkan orang yang telah membeli produk itu supaya berhenti menggunakannya.

Langkah itu menandakan kali pertama syarikat itu menarik balik bedak bayi ikonik itu kerana dipercayai dicemari asbestos.

Malah, ia juga adalah kali pertama pihak berkuasa AS mengumumkan bahawa pihaknya mengesan asbestos dalam produk tersebut.

Penarikan balik produk tersebut merupakan satu ‘tamparan’ baru terhadap syarikat penjagaan kesihatan AS itu, yang sedang menghadapi ribuan tindakan guaman bagi beberapa produk yang dikeluarkan syarikatnya. Ini termasuk bedak bayi, opiod dan peralatan perubatan.

Johnson & Johnson menghadapi lebih 15,000 tindakan guaman oleh pengguna yang mendakwa produk-produk talkumnya, termasuk bedak bayi sehingga menyebabkan barah.

Johnson & Johnson kini bekerjasama dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat, yang menguji botol, dan telah memulakan siasatan bagi mengetahui bagaimana dan bila produk tersebut tercemar.

Jurucakap FDA Gloria Sanchez-Contreras berkata botol yang mengandungi serat krimotil, jenis asbestos.

FDA menasihatkan pengguna berhenti menggunakannya dengan segera dan menghubungi J&J untuk bayaran balik.

Lebih menyedihkan, saham Johnson&Johnson merudum turun 6.2% kepada AS$127.70 semasa bursa New York ditutup, kejatuhan terbesar sejak Dis 2018.

Stok berada dalam tekanan kerana para pelabur cuba menentukan liabiliti berpotensi syarikat dalam satu siri tindakan undang-undang yang berkaitan dengan produk itu dan produk-produk lain.

“Beribu-ribu ujian sepanjang 40 tahun lalu berulang kali mengesahkan produk kami tidak mengandungi asbestos,” kata J&J dalam kenyataan tersebut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular