LUCKNOW – Seorang lelaki terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bernyawa ditanam hidup-hidup ketika dia mahu mengebumikan bayinya yang telah meninggal dunia beberapa minit selepas dilahirkan.

Hitesh Sirohi dikatakan telah pergi ke satu kawasan untuk mengebumikan bayinya. Ketika sedang mengorek lubang, penyodoknya terkena pada sebuah bekas yang diperbuat daripada tanah.

Dengan serta merta dia turut terdengar bunyi tangisan bayi. “Ketika itu saya ingatkan bayi saya hidup kembali lalu menangis. Tetapi sebenarnya bunyi itu datang daripada bekas tanah itu”, kata Hitesh yang kemudiannya menjumpai seorang bayi perempuan dibalut dengan kain.

Hitesh difahamkan telah mengambil bayi malang tersebut lalu menghubungi pihak penyelamat bagi mendapatkan bantuan. Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan penjagaan sewajarnya.

Manakala kos rawatan dan penjagaan tersebut difahamkan telah dibiayai oleh seorang ahli politik tempatan. Seperti umum sedia maklum, kejadian sebegini tidak asing lagi di India kerana anak lelaki lazimnya mendapat tempat istimewa dalam masyarakat.

Hal ini kerana, anak lelaki dilihat sebagai pelaburan dan pewaris mereka sedangkan anak perempuan dianggap sebagai liabitili dan beban kepada keluarga. India kini sedang berusaha untuk menyamakan jurang nisbah jantina menerusi kuat kuasa undang-undang.

Menurut jurnal perubatan British, The Lancet pada tahun 2011, kajian mendapati bahawa lebih 12 juta anak perempuan telah digugurkan dalam tempoh 3 dekad di India. Pada tahun 2017 pula, pihak polis di Maharashtra menemui 19 janin bayi perempuan telah digugurkan di klinik berhampiran.

Penentuan seks pranatal diharamkan pada tahun 1994 tetapi masyarakat masih menggunakan kaedah atau peranti yang menyalahi undang-undang untuk mengetahui jantina dan menggugurkan kehamilan anak perempuan yang tidak diingini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular