TAIPEI– Seorang pelancong remaja dari Jerman berhadapan denda maksima RM41,000 (NT$300,000) setelah didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Taiwan hanya kerana menyentuh penyu laut tanpa kebenaran ketika menyelam di daerah Pingtung.

Menurut peruntukan akta tersebut, mereka yang menyentuh spesies penyu yang dilindungi tanpa kebenaran Pentadbiran Pengawal Pantai Taiwan akan berhadapan 1 tahun penjara atau denda antara NT$60,000 (RM8,200) sehingga maksima NT$300,000 (RM41,000) jika sabit kesalahan.

Pixabay/Gambar Hiasan

“Sentuhan seekor penyu yang dilindungi akan dikenakan denda sehingga NT$300,000, jadi jangan sesekali menyentuh penyu laut.” demikian menurut kenyataan pejabat Pengawal Pantai Taiwan yang telah menahan seorang pelancong yang juga seorang remaja dari Jerman kerana menyentuh penyu di wilayah Pingtung.

Remaja Jerman berusia 17 tahun dan keluarganya telah didapati melanggar peraturan yang ditetapkan ketika mereka melakukan aktiviti menyelam di Pulau Siaoliouciou, daerah Pingtung dengan menyentuh penyu laut pada jam 2 petang, 10 Oktober, dan menunjukkan gambarnya di media sosial.

Menurut pakar dari Muzium Nasional Biologi Marin dan Akuarium Laut yang berpusat di Pingtung, penyu itu dikenal pasti sebagai penyu hijau yang dilindungi dan menyentuhnya adalah satu kesalahan.

Remaja tersebut yang bercuti bersama keluarganya telah dihalang daripada meninggalkan Taiwan sementara menunggu siasatan dan perbicaraan di Mahkamah Juvana Daerah Pingtung.

Di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Taiwan, sesiapa yang didapati bersalah menyentuh, mengganggu, memburu atau membunuh hidupan liar yang dilindungi akan berhadapan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda antara NT$ 60,000 hingga maksima NT$300,000.

Denda sehingga NT$ 500,000 (RM68,4000) akan dikenakan jika haiwan tersebut terbunuh, menurut akta itu.

Ini bukan kali pertama pelancong di Pulau Siaoliouciou ditemui mengganggu hidupan liar dan dikenakan tindakan undang-undang.

Pixabay/Gambar Hiasan

Menurut pegawal pantai daerah Pingtung di dalam posting di media sosial, “Walaupun Pulau Siaoliouciou mempunyai salah satu jumlah penyu laut tertinggi di dunia, namun hanya terdapat sekitar 160 penyu pelbagai spesies di perairan sekitar pulau batu karang.”

Pengawal pantai tersebut menggesa orang ramai termasuk pelancong asing supaya mengikuti garis panduan asas untuk melindungi penyu laut, termasuk tidak menyentuh, tidak menangkap, tidak mengganggu, tidak mengelilingi atau tidak mengejar penyu laut serta menjarakkan diri sekurang-kurangnya 5 meter dari penyu laut ketika menyelam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular