Akibat kecuaian ibu bapa, seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia setelah secara tidak sengaja menyentuh kabel elektrik yang terdedah.

Sebuah video tular yang disiarkan oleh media di Indonesia menunjukkan seorang ibu sedang meraung sambil memeluk erat bayinya yang sudah meninggal dunia dengan nada penuh penyesalan.

Insiden yang memilukan itu dilaporkan berlaku di sebuah kilang roti milik saudara ibu bapa bayi malang ini yang terletak di Puskesmas Jatibarang, Jawa Barat. 

YouTube

Menurut kenyataan yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, bayi tersebut telah menyentuh kabel elektrik yang menyambungkan mesin pembuat roti yang masih terpasang dengan wayarnya yang terdedah dan mengelupas. Akibatnya bayi malang ini telah terkena renjatan elektrik dan rebah tidak sedarkan diri.

Selepas menyedari kejadian tersebut dengan melihat anak lelakinya telah terkulai di atas lantai, ibu bayi malang ini telah bergegas ke hospital untuk menyelamatkannya. Malangnya, bayi bernama Arfan ini telah disahkan meninggal dunia.

Walaupun telah disahkan meninggal dunia, ibu bayi ini tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya sudah tiada. Dia terus meraung dan meminta anaknya bangkit.

YouTube

Sambil ditenangkan oleh kakitangan hospital, ibu ini terus memeluk erat anak lelakinya lantaran tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya telah pergi buat selama-lamanya secara mengejut.

Berita sedih yang mengejutkan akibat kecuaian. Semoga setiap ibu bapa mengambil pengajaran agar tidak cuai dalam mengawasi pergerakan serta tingkah laku anak kecil kerana mereka tidak mengerti apa-apa dan malang itu tidak berbau.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular