Kudis herpes atau juga disebut sebagai jangkitan oral Herpes Simplex terjadi disebabkan oleh jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1). Kudis ini biasanya akan  tersebar sama ada melalui sentuhan secara langsung atau tidak langsung sekali gus menyebabkan ulser pada bahagian mulut dan juga kemaluan seseorang.

Medical News Today

Kudis herpes biasanya akan sembuh dengan sendirinya jika individu yang dijangkiti itu tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem ketahanan tubuh badan. Namun, sekiranya virus ini menjangkiti bayi yang lemah imun, ianya boleh bertukar menjadi situasi buruk sehingga mengakibatkan kematian!

Itulah yang terjadi kepada seorang bayi lelaki berusia setahun yang dikatakan hampir berhadapan dengan satu jangkitan yang boleh meragut nyawanya. Menerusi penggunaan media sosial, ibu kepada bayi ini iaitu Charlotte Louise Jones telah bertindak menguar-uarkan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan tidak sewenangnya-wenangnya mencium bayi.

Facebook

Hal ini demikian kerana, disebabkan bayinya dicium oleh seseorang yang mengalami selesema, tahap kesihatan bayinya itu mulai merudum sehingga memaksa Charlotte untuk membawa Ellis ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setibanya di hospital, doktor mengesyaki Ellis mengalami tonsil atau ulser biasa sahaja. Namun begitu, beberapa hari kemudian keadaan Ellis tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Pada ketika itulah baru mereka mengetahui bahawa Ellis menghidap virus Herpes Simplex (HSV-1). Jangkitan virus ini mungkin tidak begitu mendatangkan kemudaratan kepada orang dewasa namun sekiranya ia menjangkiti bayi terutamanya yang berusia enam bulan ke bawah, ia boleh tersebar ke bahagian otak lantas menyebabkan kegagalan fungsi organ dan mengorbankan nyawa!

“Ramai tidak sedar bahawa ciuman atau sentuhan daripada seseorang yang dijangkiti selesema boleh menyebabkan risiko nyawa kepada bayi,” tegas Charlotte menerusi Facebooknya.

Katanya lagi, “Kami bertuah kerana Ellis mampu menanganinya tetapi bagi bayi yang mempunyai sistem imun rendah, keputusannya mungkin berbeza”.

Charlotte turut berkongsi beberapa gambar Ellis yang dijangkiti HSV-1. Kasihan sungguh bayi ini. Pasti dia tidak mampu menanggung kesakitan ketika makan atau minum. Sedih sungguh melihat penderitaan yang perlu bayi kecil ini tanggung.

“Tolong jangan cium bayi jika anda sedang selesema, bersihkan tangan anda sebelum menyentuh bayi itu! Dalam tempoh seminggu, bibir Ellis menunjukkan tanda-tanda perubahan meskipun tidak sembuh sepenuhnya”.

Facebook

Ketahui tanda-tanda awal ini untuk mengesan sama ada bayi anda dijangkiti HSV-1 atau tidak.

  • Letih, lesu dan mudah meragam
  • Tiada selera makan
  • Suhu badan tinggi
  • Terdapat bintik merah pada kulit, mata atau di bahagian dalam mulut
  • Mengalami kesukaran untuk bernafas
  • Bernafas terlalu laju
  • Lidah menjadi biru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular