Rata-rata masyarakat hari ini berpendapat bahawa ‘vape’ merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghentikan ketagihan untuk merokok, walaupun ia tidak dibuktikan secara saintifik. Namun hakikatnya, ia tidak menghentikan ketagihan terhadap nikotin selain memberi kesan buruk kepada tubuh.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @adlinamansor baru-baru ini berkongsi kisah yang dialami oleh abangnya yang didiagnosis dengan jangkitan pada paru-parunya ekoran tabiat menghisap vape.

Pada mulanya, Adlina menjelaskan bahawa abangnya itu dimasukkan ke wad hospital ekoran denggi. Namun, sebaik sahaja dengginya itu sudah pulih, timbul pula isu jangkitan pada paru-parunya. Difahamkan bahawa abangnya baru 2 minggu menghisap vape.

Menurut doktor, paru-paru abangnya seperti ditumbuhi dengan kulat. Gadis tersebut turut memberitahu bahawa abangnya menghisap vape jenis freebase nikotin kerana mahu hentikan pergantungan berterusan tubuh terhadap nikotin.

Hal ini membuatkan abangnya terpaksa menjalani pembedahan – dicuci dan vakum bagi mengatasi jangkitan yang berlaku pada paru-parunya. Doktor mengatakan bahawa kes ini agak teruk kerana cecair vape tersebut seperti melekat pada paru-paru lelaki berkenaan.

Perkongsian Adlina ini mendapat perhatian warga Twitter dan ianya diretweet sebanyak 8,000 kali. Seorang pengguna turut berkongsi kisah suaminya yang juga menghisap vape

Twitter

Seorang penghisap vape pula menasihatkan orang ramai agar membeli cecair perisa vape daripada penjual dan jenama yang telah lama berada di pasaran

Twitter

Manakala seorang lagi pengguna berkata bahawa freebase nikotin ternyata tidak bagus dan menyarankan kepada sesiapa yang berniat untuk berhenti rokok untuk mencuba NCIG yang lebih selamat berbanding freebase

Twitter

Apa-apa pun, berhenti menghisap rokok merupakan perkara yang diidam-idamkan bahkan buat para perokok di luar sana, di mana kajian mendapati bahawa 7 daripada 10 orang perokok mendedahkan bahawa mereka sebenarnya mahu berhenti merokok.

Pilihan terbaik adalah dengan berjumpa dengan mereka yang profesional seperti doktor dan pakar bagi mendapatkan rawatan mahupun program-program berkesan untuk meninggalkan tabiat buruk ini. Lebih cepat anda berhenti, lebih cepat tubuh dapat ‘membaiki’ kerosakan akibat daripada merokok!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular