TOKYO – Taufan Hagibis yang mula membadai Jepun pada 12 Oktober semakin reda pada 13 Oktober, namun operasi menyelamat di wilayah Fukushima telah menyebabkan seorang wanita warga emas berusia 77 tahun terjatuh dari helikopter pada ketinggian 40 meter dan maut.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan dan mengakui bahawa anggota pasukan penyelamat telah terlupa untuk menggantung cangkuk tali keselamatan dengan betul dan selamat pada pakaian warga emas tersebut, menyebabkan kemalangan maut itu berlaku. 

YouTube

Adegan yang malang itu telah sempat dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan yang melihat insiden tersebut.

Menurut Kyodo News, Jabatan Bomba Tokyo mengesahkan bahawa sebuah helikopter milik Jabatan Bomba Tokyo telah melakukan kesilapan ketika operasi menyelamat Taufan Hagibis pada jam 10 pagi di wilayah Fukushima sehingga mengakibatkan seorang warga emas wanita berusia 77 tahun telah terjatuh dari helikopter pada ketinggian kira-kira 40 meter. 

YouTube

Warga emas itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cuba diselamatkan ketika dalam perjalanan ke hospital. Malangnya, dia diisytiharkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Pihak Jabatan Bomba Tokyo telah mengadakan sidang akhbar rasmi dan meminta maaf di atas kesilapan tersebut. Penolong Pengarah Jabatan Bomba Tokyo, Shimizu Yuki sambil meminta maaf kepada keluarga mangsa berkata, “Kami sangat menyesal dan prosedur dalam operasi itu adalah salah.”

YouTube

Difahamkan, rumah wanita berusia 77 tahun tersebut telah dinaiki air setinggi 50 meter, maka pihak bomba dan penyelamat telah tiba ke tempat kejadian untuk menyelamatkan wanita ini dengan menggunakan helikopter Jabatan Bomba Tokyo.

Seorang ahli bomba berusia 32 tahun telah ditugaskan untuk memegang erat warga emas ini dengan mencangkukkan tali keselamatan yang betul pada pakaiannya mengikut cara tergantung dari luar. 

YouTube

Namun dia telah terlupa untuk meletakkan cangkuk tali keselamatan dengan betul, sebelum bersedia ditarik naik oleh helikopter tersebut menyebabkan ia menjadi longgar dan meleraikan ikatan wanita warga emas ini sehingga dia akhirnya telah terjatuh ke darat pada ketinggian 40 meter dari udara.

YouTube

Akibatnya warga emas tersebut telah kehilangan tanda-tanda penting pernafasan dan denyutan jantung. Walaupun mangsa telah dibawa ke hospital dengan segera dan pasukan kecemasan telah melakukan pertolongan cemas, namun dia akhirnya diisytiharkan meninggal dunia.

Tonton video di bawah :

Sumber : See Hua

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular