Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang dilaporkan mula membadai Jepun pada 13 Oktober dan menyebabkan beberapa kawasan seperti Tokyo, Shizuoka dan Chiba, utara Jepun terjejas. Sebelumnya, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan amaran buat semua penduduk di kawasan yang terlibat untuk berpindah ke kawasan yang selamat.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Sehingga Sabtu, dilaporkan lebih daripada 30 orang cedera selepas Taufan Hagibis membadai selatan Jepun. Malah, fenomena alam ini juga telah memaksa dua perlawanan iaitu Piala Dunia Ragbi dan Grand Prix Jepun ditangguhkan sehingga keadaan kembali terkawal.

Menurut Agensi Mateorologi Jepun, Taufan Hagibis mula membadai pulau Hondhu pada jam 7 petang sebelum bergerak ke Izu, semenanjung barat daya Tokyo.

Tomohiro Ohsumi/Getty Images

“Bersiap sedia untuk hujan lebat yang tidak pernah anda alami,” kata pejabat Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Yasushi Kajihara.

“Ambil semua langkah yang perlu untuk menyelamatkan nyawa anda,” tambahnya lagi.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Amaran kecemasan peringkat tertinggi yang dikeluarkan oleh JMA bagaimanapun adalah didorong oleh hujan lebat Hagibis walaupun sebelum itu taufan itu telah menyebabkan dua nyawa terkorban apabila angin kencang mula-mula tiba di Chiba yang terletak di timur Tokyo.

“Hujan lebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah dilihat di bandar-bandar dan kampung-kampung yang mana amaran kecemasan dikeluarkan,” memetik kata Yasushi Kajiwara.

“Kemungkinannya sangat tinggi bahawa bencana seperti tanah runtuh dan banjir telah terjadi. Adalah penting untuk mengambil tindakan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa anda.”

Carl Court/Getty Images

Sekurang-kurangnya dua tanah runtuh telah disahkan berlaku di seluruh Jepun, dengan seorang lelaki berusia enam puluhan terkorban di Gunma di utara Tokyo.

Petang Sabtu (12Oktober) pula menyaksikan sebuah gempa bumi berkekuatan 5.7 magnitud telah menggegar timur Tokyo sehingga menyebabkan puluhan ribu penduduk ditempatkan di rumah perlindungan. Kajian Geologi Amerika Syarikat mengatakan bahawa gempa bumi itu berpusat di lautan di pantai Chiba, berhampiran Tokyo, dengan kedalaman 59.5 kilometer.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Antara mangsa yang terlibat adalah penduduk yang rumahnya telah rosak akibat taufan yang melanda rantau ini pada bulan lalu.

Terdahulu, penduduk Jepun dikejutkan dengan kemunculan langit ungu yang dikatakan menjadi petanda bahawa ribut besar bakal berlaku.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh molekul dan zarah kecil di atmosfera mempengaruhi arah cahaya, lantas menyebabkan cahaya diselerakkan. 

David Rogers/Getty Images

Jepun dilanda kira-kira 20 taufan setahun, walaupun kebanyakannya tidak menyebabkan kerosakan yang teruk.

Taufan Hagibis melanda kawasan itu hanya beberapa minggu selepas Taufan Faxai melanda kawasan itu dengan kekuatan yang sama, mengorbankan dua nyawa dan menyebabkan kerosakan utama di Chiba.

Pihak berkuasa bertindak dengan cepat, dengan peringatan yang dikeluarkan pada awal minggu, termasuk mendesak orang ramai untuk kekal berada di dalam rumah. Seramai 17,000 tentera dan pasukan tentera bersiap sedia untuk operasi menyelamat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular