TOKYO – Puluhan ribu penyelamat berusaha membantu penduduk yang terperangkap akibat tanah runtuh dan banjir di Jepun susulan serangan taufan ganas membadai yang kini mengorbankan sehingga 35 orang, demikian laporan pihak berkuasa dan media tempatan.

Taufan Hagibis kini menjauhi kawasan daratan pada pagi 13 Oktober namun meninggalkan kesan kemusnahan dahsyat di rantau sekitar.

YouTube

Lebih 100,000 penyelamat termasuk 31,000 askar sedang bertungkus lumus membersihkan laluan sejak taufan reda bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh dan menyebabkan air sungai melimpahi tebing.

Kemusnahan itu memaksa Piala Dunia Ragbi dianjurkan Jepun membatalkan beberapa perlawanan namun pasukan ‘Brave Blossom’ berjaya menumpaskan Scotland semalam dan melayakkan mereka ke suku akhir buat kali pertama.

Kerajaan meletakkan angka maut kepada 14 orang dengan 11 orang hilang namun media tempatan berkata, sekurang-kurangnya 35 maut manakala 11 lagi masih hilang.

YouTube

Menurut berita NHK, sekurang-kurangnya 31 maut sementara 15 dilaporkan hilang manakala 186 lagi cedera dalam serangan badai taufan yang menyebabkan sebahagian besar bandar di tengah dan timur Jepun ditenggelami air.

Hagibis yang bermaksud ‘kelajuan’ dalam bahasa Tagalog Filipina, mendarat di pulau utama Jepun di Honshu pada malam Sabtu sebagai taufan paling ganas dengan kelajuan angin deras sehingga 216 kilometer sejam.

Sungai melimpahi tebing hampir di 12 lokasi termasuk di Nagano yang terletak di bahagian tengah Jepun.

Lebih 110,000 isi rumah masih ketiadaan bekalan elektrik awal hari ini, kata Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, berbanding 262,000 isi rumah semalam.

YouTube

Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Ketika kemuncak ribut, lebih 7 juta orang telah ditempatkan atas pemindahan tidak-wajib.

Badai yang begitu kuat melanda telah mendorong Agensi Meteorologi Jepun untuk mengeluarkan amaran bencana hujan peringkat tertinggi, dengan membuat kenyataan hujan yang begitu lebat tidak pernah dijangkakan seteruk ini.

“Air naik dengan deras dan sangat tinggi sehingga melebihi kepala saya,” kata seorang mangsa Hajime Tokuda yang merupakan seorang pegawai kewangan profesional di Kawasaki.

YouTube

Hajime berpindah ke rumah keluarganya yang berdekatan, tetapi kemudian dia dan keluarganya itu terpaksa diselamatkan oleh bot penyelamat kerana rumah mereka turut dilanda banjir yang deras.

Di bandar Higashi Matsuyama, Saitama, para petani padi dan bunga menghitung kerugian besar jutaan yen setelah banjir besar menenggelamkan gudang-gudang yang baru menuai hasil tanaman.

YouTube

Perkhidmatan kereta api dan dua lapangan terbang turut terjejas. Namun ia kembali beransur pulih selepas taufan reda, walaupun masih banyak perkhidmatan yang tergendala dan dibatalkan.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres melahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan harta benda yang meluas serta menzahirkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga mangsa yang maut dalam tragedi Taufan Hagibis.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular