SEOUL – Pihak polis tempatan mengesahkan tentang kematian salah seorang bekas ahli kumpulan K-pop terkenal satu ketika dahulu iaitu f(x) yang dijumpai di rumahnya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 설리가진리 (Sulli) (@jelly_jilli) on

jelly_jilli/Instagram

Choi Jin-ri atau lebih popular dengan nama Sulli sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan berkenaan sebelum memutuskan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Mendiang kemudiannya meneruskan kerjaya dengan menjadi pelakon yang sudah pun banyak membintangi banyak drama dan filem termasuklah siri drama televisyen kegemaran ramai iaitu Hotel del Luna.

Difahamkan waktu kematian dianggarkan pada sekitar jam 4 petang. Menurut balai polis Seongnam, pengurusnya menjumpai mendiang tidak sedarkan diri di dalam apartmen yang didiaminya lalu melaporkannya kepada polis.

Pihak polis kini masih lagi menjalankan siasatan dan sedang memeriksa sama ada Sulli ada meninggalkan apa-apa nota sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, pihak syarikat SM Entertainment buat masa ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi lagi berhubung dengan perkara tersebut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular