HONG KONG – Hong Kong terus bergolak dengan demonstrasi jalanan menentang undang-undang ekstradisi yang kini memasuki bulan keempat. Dalam masa dua bulan kebelakangan, peningkatan kes ‘bunuh diri’ dilaporkan meningkat dengan mendadak dan ia amat mencurigakan. 

Terbaru, mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun telah ditemui terapung tanpa seurat benang di laut berhampiran Devil’s Peak di Yau Tong, Tenggara Kowloon pada 22 September menimbulkan perdebatan dan pelbagai keraguan di kalangan warga Hong Kong dan dunia.

The Epoch Times

Gadis remaja, Chen Yanlin merupakan pelajar sekolah yang aktif serta seorang perenang dan penerjun mewakili sekolah yang hebat, dan bagaimana mangsa boleh didapati lemas dan terapung di lautan? Apa yang lebih diragui ialah bagaimana kehilangan remaja ini yang aktif berdemonstrasi menentang undang-undang ekstradisi dikaitkan dengan penyeksaan dan keganasan seksual oleh pihak berkuasa sebelum mayatnya dihumban ke laut. 

Pada 19 September kira-kira jam 2.15 petang, Chen Yanlin telah berpisah dengan rakan-rakannya di Mei Foo, Sham Shui Po, dan 10 minit kemudian menghantar pesanan ringkas kepada rakannya yang dia dalam perjalanan pulang. Namun, remaja ini dilaporkan terus hilang dan tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya didapati terapung di Yau Tong lima hari kemudian.

Tidak dapat dipastikan bahawa mayat yang ditemui adalah benar-benar remaja hilang Chen Yanlin, apabila pihak berkuasa secara tergesa-gesa menguruskan mayat tersebut dengan melakukan upacara pembakaran pada pagi hari ke-10 selepas mengesahkan remaja ini telah meninggal dunia dengan ‘membunuh diri’. Keluarga mendiang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga kini.

Profesor Fan Shiping dari Institut Sains Politik, Universiti Taiwan berkata analisis terkini menyatakan warga Hong Kong tidak lagi mempercayai kredibiliti polis Hong Kong selepas penemuan mayat wanita terapung dan kes pelajar universiti, Wu Aoxue yang mendakwa telah diseksa secara seksual ketika berada dalam kem tahanan Xinwuling.

Mayat Chen Yanlin secara tergesa-gesa telah dibakar dan dikebumikan pada pagi ke-10. Pihak polis menafikan bahawa Chen Yanlin telah dicederakan dan diserang secara seksual. Fan Shiping mengatakan bahawa penduduk Hong Kong tidak lagi mempercayai polis. Kini setiap mayat terapung dianggap sebagai kes ‘mayat ditinggalkan’ selepas penyeksaan polis. Sekiranya pihak polis tidak mendedahkan kes secara terbuka dengan mengemukakan bukti-bukti sebelum mangsa hilang dan ditemui maut, kecurigaan rakyat akan terus meningkat.

Fan Shiping menyatakan bahawa kini terdapat banyak aduan yang tidak dapat menjelaskan sebab sebenar kematian. Suasana kes pengurusan mayat yang ‘dihantar balik’ telah berubah dari kekecewaan kepada kemarahan serta menjadi tragis.

Bilangan 6 kes mayat terapung beberapa bulan kebelakangan menjadi keraguan utama dalam tempoh 10 tahun.

Pada 8 Oktober, penduduk PTT melancarkan satu artikel dengan menyebut terdapat enam soalan yang dibangkitkan oleh anggota bomba di Hong Kong yang mengesyaki bahawa mangsa mungkin telah meninggal dunia di lokasi lain sebelum dihumban ke dalam laut. 

Pertama, seorang anggota bomba yang telah bekerja dengan jabatan bomba laut selama lebih sedekad berkata, “Jumlah mayat terapung dalam beberapa bulan kebelakangan adalah jumlah tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun.”

Kedua, sebelum ini bekas polis marin tidak melakukan kerja mengeluarkan mayat kerana semuanya dilakukan oleh anggota bomba. Kerana bot polis marin tidak mempunyai kelengkapan menyelamat yang khas untuk membaringkan mayat supaya keadaan mayat masih sempurna. Namun baru-baru ini, polis marin telah bergegas untuk melakukan kesemua kerja dan ini telah menimbulkan banyak keraguan.

Ketiga, dalam operasi standard biasa pencarian polis selepas menemui mana-mana mayat, mereka akan segera memanggil ambulans dan pasukan perubatan. Akan tetapi, baru-baru ini pihak polis marin telah mengambil inisiatif sendiri dalam urusan penyelamatan susulan terhadap mayat terapung yang dijumpai.

Keempat, mesti terdapat sebab untuk tugas penyelamat sebelumnya. Biasanya, ada orang melaporkan polis, sebagai contoh, jika kapal hilang atau seseorang menyaksikan mangsa jatuh ke dalam laut. Selepas pasukan bomba dan penyelamat menerima penggera, mereka akan memulakan tugas mencari di laut yang biasanya tugas mencari akan berlarutan selama 62 jam. Kebiasaannya, mayat akan terapung dalam masa kira-kira 30 jam. Akan tetapi, bagi kesemua kes mayat terapung baru-baru ini tidak dilaporkan kepada polis. badan itu sudah didapati tanpa ada orang melapor kepada polis dan tidak melalui prosedur pencarian di laut.

Kelima, menurut analisis anggota bomba, mangsa yang lemas hanya akan terapung selepas 30 jam. Ekoran maut, bakteria dalam badan akan mengalami proses zimolisis yang akan menghasilkan udara dan seterusnya mengapungkan tubuh di permukaan air. Tubuh badan akan membengkak selepas berada lebih 30 jam di atas air dengan wajah juga mulai kembang dan mereput.

Walau bagaimanapun, mayat wanita yang dijumpai di Yau Tong baru-baru ini didapati masih dalam keadaan segar dan elok paras rupa. Seperti wanita tersebut baru sahaja berendam di air dalam jangka masa 4 hingga 5 jam. Bagaimana mayat yang masih segar yang dikatakan telah lemas boleh terapung dalam jangka masa singkat? Pasukan penyelamat yang bertugas menyimpulkan mangsa telah meninggal dunia lebih awal, bakteria di dalam badan telah menapai sehingga menyebabkan ia terapung lebih awal tanpa cacat cela. 

Keenam, anggota bomba dan penyelamat bersama pasukan polis marin jarang segera melakukan kerja menyelamat mayat pada waktu malam, melainkan telah mendapat panggilan kecemasan segera. Biasanya kapal dan bot diletakkan di pangkalan Polis Marin dan Pentadbiran Maritim pada waktu malam sebelum kerja mencari diteruskan pada waktu siang.

Beberapa anggota bomba dan penyelamat berkata mereka telah melihat anggota polis menggunakan kenderaan biasa dan meletakkan kenderaan tersebut di pangkalan pada waktu malam. Mereka melihat terdapat 7 hingga 8 orang telah bergerak ke laut dengan seorang berada di atas kapal. Pada masa itu jabatan bomba dan penyelamat belum lagi menerima apa-apa laporan dan arahan kerja menyelamat. Bagaimana pihak polis telah mengetahui terdapat mayat terapung di laut terlebih dahulu?

Semua keraguan dengan kecenderungan kepada kemungkinan bahawa Chen Yanlin tidak membunuh diri tetapi telah dibunuh, dan siapakah pembunuh itu?

The Epoch Times

Menurut NTDTV, beberapa tweet yang dikeluarkan oleh rangkaian ‘Gentle of the Climber’ berulang kali mengatakan terdapat dua pasukan pembunuhan besar-besaran di Hong Kong yang menyasarkan penunjuk perasaan adalah pegawai polis yang berpura-pura untuk menangkap dan membersihkan tempat kejadian, dan ejen rahsia yang mengekori, mencuri dengar, menangkap secara rahsia dan menculik penunjuk perasaan untuk melakukan penyeksaan dan pembunuhan setelah mendapat maklumat.

‘Ejen Rahsia’ Parti Komunis China (PKC) dikatakan bertanggungjawab dalam mengekang pergerakan protes undang-undang ekstradisi. Mereka mencuri dengar, memantau siasatan pihak berkuasa, melakukan penculikan dan penahanan rahsia, menyeksa tahanan sebelum membuat pengakuan, dan akhirnya membunuh dalam misi rahsia.

Kumpulan ini melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pengakuan dan maklumat daripada penunjuk perasaan yang ditahan termasuk melakukan intimidasi, penyeksaan ganas, serangan seksual, perkosaan secara berkumpulan dan hipnosis. Mereka yang diculik tidak mempunyai apa-apa rekod dalam sistem data polis Hong Kong serta tidak dihantar ke mahkamah untuk pendakwaan dan pendengaran.

Secara diam-diam, setelah mendapat maklumat dan diugut, mereka akan dilepaskan kembali ke dalam kumpulan demonstrasi, dan bagi mereka yang tidak memberi kerjasama akan diseksa dan dibunuh dengan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut atau ‘bunuh diri’.

Walaupun tiada bukti konklusif untuk menyatakan bahawa Chen Yanlin telah dibunuh oleh ‘ejen rahsia’ PKC di Hong Kong, namun terdapat kemungkinan besar berdasarkan beberapa persoalan dan keraguan dalam kematiannya. 

Chen Yanlin dilihat bergerak aktif dengan menyertai kumpulan demonstrasi menentang undang-undang ekstradisi dan menyokong pembaharuan Hong Kong sebanyak beberapa kali. Pembunuhan remaja ini sebagai memberi amaran dan matlamat yang jelas dari ‘pihak berkuasa’ bahawa akan terdapat kesan yang mengerikan sekiranya anak-anak muda Hong Kong terus menyertai demonstrasi jalanan dan mengadakan bantahan secara terbuka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL Kebenaran

Video Popular