PETALING JAYA – Gurauan beberapa pelajar tingkatan 3 yang menutup pintu kelas mereka berakhir dengan tragedi salah seorang daripada mereka maut akibat tertusuk kaca pintu kelas yang pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan pelajar di sebuah sekolah swasta berhampiran Taman Sains Selangor, Kota Damansara lewat tengah pada 11 Oktober yang lalu.

Katanya lagi, hasil siasatan awal mendapati pelajar-pelajar tersebut bergurau di mana mangsa telah menolak pintu kaca hingga pecah dan kepalanya terhantuk sehingga menyebabkan lehernya tertusuk kaca pintu tersebut.

Mohd Zani juga berkata tiada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut sementara rakaman litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan semua pelajar yang terbabit bersama-sama berada di dalam kelas semasa kejadian berlaku.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengetahui lebih lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sumber: SINAR HARIAN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular