KUALA LUMPUR: Wanita dan graduan menganggur yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun berpeluang menerima insentif sebanyak RM500 sebulan selama dua tahun sebagai tambahan gaji yang diterima menerusi insiatif yang akan dilancarkan, tidak lama lagi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja yang bertujuan untuk mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350,000 untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun.

Katanya, #MalaysiaKerja dibahagikan kepada empat program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif.

Guan Eng berkata program pertama, #GraduanKerja direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan.

“Setiap graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.

“Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini .

Program tersebut dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130,000 orang pekerja asing.

Menurut Guan Eng program itu dijangka membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Guan Eng berkata, #WanitaKerja pula bertujuan mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama setahun atau lebih.

Katanya lagi, sebagai tambahan, pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular