Kita semua maklum akan lambakan kedai-kedai yang menjual minuman manis mengandungi boba atau juga disebut sebagai ‘pearl’. Terdapat pelbagai jenama teh boba yang ada di pasaran Malaysia seperti Xing Fu Tang, The Alley, Daboba, Tiger Sugar, The Black Whale, Tealive dan bermacam-macam lagi! 

Freepik

Selaras dengan kewujudan fenomena itu, kebanyakan remaja dikatakan pernah mencuba sekurang-kurangnya satu jenis minuman boba. Namun begitu, ada juga yang bertindak lebih ekstrem dengan mencuba setiap minuman boba bertujuan untuk membuat ‘review’ di media sosial dan membandingkan rasanya.

Salah seorang individu tersebut adalah Wewwy Lim. Baru-baru ini, Wewwy ada berkongsi Facebooknya mengenai jumlah perbelanjaan yang telah dia habiskan semata-mata untuk membeli minuman boba kegemarannya. Katanya, berdasarkan pembelian dari Januari sehingga April tahun ini sahaja, jumlah yang telah dia habiskan dikatakan mampu untuk membeli tiket penerbangan pergi balik ke Thailand!

Jadi secara kasarnya, dalam tempoh empat bulan sahaja Wewwy telah menghabiskan sebanyak RM500 hanya untuk membeli teh boba! Agak mengejutkan! Setiap minggu, Wewwy akan membeli dua cawan minuman manis ini dan dalam masa sebulan, Wewwy telah menikmati sebanyak 32 cawan teh boba!

Ketagihan Wewwy terhadap minuman ini dan sentiasa ingin mencuba setiap minuman baharu membuatkan rakan-rakannya menggelar Wewwy sebagai ‘Bubble Tea Expert’ atau ‘Pakar Teh Boba’. Menurut kenyataan Wewwy kepada China Press“Saya pernah merancang untuk melancong ke Taiwan. Jika saya tinggalkan ketagihan ini, mungkin saya boleh bercuti ke sana”.

Nekad memasang impian baharu, Wewwy mula meninggalkan tabiatnya membeli minuman boba sejak Jun yang lalu. Mengejutkan, dalam masa lebih kurang tiga bulan sahaja, Wewwy telah berjaya mengumpul sejumlah wang sekali gus membolehkannya menempah tiket penerbangan ke Taiwan!

Satu kisah yang aneh tetapi cukup memberi pengajaran kepada kita semua. Jadi, jika anda teringin nak bercuti tetapi sentiasa dihimpit keadaan kewangan yang tidak stabil, mungkin anda juga perlu berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan makanan dan minuman kegemaran anda.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular