Kes ragut semakin berleluasa pada masa ini dan penjenayah semakin berani melakukan jenayah walaupun di tempat awam yang dipenuhi orang ataupun pada siang hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah rakaman kamera litar tertutup di sebuah kafe yang dipercayai terletak di ibu negara menunjukkan jenayah ragut dilakukan walaupun ketika beg tangan mangsa diletakkan di atas riba dan terlindung di bawah meja ketika mangsa sedang duduk.

Fabrications About The PAP/Facebook

Tambah mengejutkan, pada ketika itu, mangsa bukan seorang diri, malah sedang berbual dengan dua orang rakannya yang merupakan lelaki di meja makan yang sama.

Di awal rakaman, dilihat seorang lelaki lengkap berpakaian hitam masuk ke kaki lima kafe dan sedang bercakap di telefon bimbit sambil berkeliaran di sekitar bahagian dalam kafe seperti sedang mencari orang yang dikenalinya.

Walau bagaimanapun, pada saat ke 14:00 rakaman, lelaki itu mula menuju ke arah meja mangsa dan kononnya mahu melintasi meja berkenaan.

Fabrications About The PAP/Facebook

Fabrications About The PAP/Facebook

Mungkin kerana langsung tidak berasa curiga, rakan lelaki mangsa yang sama-sama duduk di meja yang sama hanya menoleh ke arah peragut sebelum terus menyambung perbualan.

Namun, sesaat kemudian, penjenayah segera meragut beg tangan mangsa sebelum keadaan menjadi huru-hara apabila semua pengunjung di kafe berkenaan bangun dan rakan mangsa dilihat mula mengejar peragut.

Fabrications About The PAP/Facebook

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walau di mana juga kita berada terutamanya bagi sesiapa yang gemar membawa beg tangan.

Fabrications About The PAP/Facebook

Di bahagian komen juga terdapat beberapa orang pengguna internet yang meninggalkan cadangan bernas seperti:

“Disebabkan inilah… yang terbaik adalah menggunakan bayaran tanpa tunai. Semuanya hanya memerlukan sentuhan dan boleh pergi. Jika beg dicuri, kita hanya perlu menghubungi pihak bank dan nyahaktifkan kad bank,”

Fabrications About The PAP/Facebook

“Selalu cuba elakkan duduk di luar restoran atau kafe ataupun di tepi dinding kaca dan berdekatan dengan pintu masuk,”

Fabrications About The PAP/Facebook

“Selepas ini apabila membawa beg, letakkan duit di dalam kocek,”

Fabrications About The PAP/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih 92,000 tontonan, 847 sukaan, 184 komen dan lebih dari 2,000 perkongsian.

Sumber: Fabrications About The PAP/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular