NANNING – Penternak di China kini giat berusaha menggemukkan ternakan babi di ladang masing-masing sehingga mencecah saiz sebesar beruang kutub demi meraih keuntungan segera serta mengatasi masalah kekurangan bekalan daging haiwan ternakan yang menjadi hidangan kegemaran ramai di negara itu.

Berikutan peningkatan harga dan permintaan terhadap daging babi ekoran wabak demam babi Afrika pada tahun lalu, China yang merupakan negara pengeluar daging babi terbesar dunia mengalami kekurangan bekalan daging tersebut, dan penternak sedang mengambil langkah menambah pengeluarannya.

Gambar Hiasan | Pexels

Ternakan babi di China telah menyusut sebanyak 32.2 peratus pada bulan Julai 2019, berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Laporan Bloomberg memetik para penternak kini giat bertindak untuk membiakkan kumpulan haiwan tersebut sehingga mencecah 500 kilogram seekor berbanding saiz sebenar yang biasa iaitu sekitar 125 kilogram.

Wilayah Guangxi dikatakan menjadi salah satu lokasi terbesar membiakkan penternakan babi gergasi yang dijangka mampu memberi keuntungan sehingga 3 kali ganda daripada purata pendapatan bulanan penjualan babi bersaiz biasa.

Menurut seorang penternak di Nanning, Guangxi, dia mahu membesarkan kesemua ternakan babi sehingga mencecah saiz ‘sebesar yang mungkin’.

YouTube

Trend penternakan terbaru petani kecil yang turut menular kepada syarikat penternakan babi berskala besar seperti Wens Foodstuffs Co, Cofco Meats Holdings Ltd dan Beijing Dabeinong Technology Group Co.

Menurut Lin Guafo, seorang penganalisis kanan dari firma Bric Agriculture Group, ladang-ladang besar memberi tumpuan kepada peningkatan saiz babi sekurang-kurangnya 14 peratus.

Katanya, “Saiz normal babi yang disembelih biasanya kira-kira 110 kilogram, tetapi kini telah meningkat kepada 140 kilogram. Pembesaran saiz telah membolehkan keuntungan ditingkatkan sebanyak lebih 30 peratus.”

Sumber : Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular