KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berpandangan pemimpin Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam perlu meletak jawatan berikutan demontrasi anti-kerajaan yang berterusan sejak beberapa bulan lalu.

Beliau menegaskan pemimpin berkenaan kini berada dalam dilema namun perlu bertindak rasional dan mematuhi permintaan.

“Hakikatnya beliau dalam dilema, beliau perlu mematuhi tuannya dan pada masa yang sama perlu bertanya suara hatinya sendiri.

“Gerak hatinya berkata, masyarakat Hong Kong betul apabila menolak undang-undang, namun sebaliknya beliau tahu akibatnya jika menolak undang-undang berkenaan dan sebagai pentadbir, saya berpendapat perkara terbaik ialah letak jawatan,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sebuah majlis di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA.

Bantahan anti-kerajaan berhubung cadangan ekstradisi undang-undang itu telah menggegarkan Hong Kong sejak Jun meskipun rang undang-undang itu telah dibatalkan.

Tun M berkata, insiden berdarah seperti insiden Dataran Tiananmen akan berulang.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan meletak jawatan adalah pilihan yang terbaik.

Kenyataan tersebut merupakan pertama yang disuara secara terbuka oleh pemimpin negara.

Namun dalam masa sama, pemimpin Hong Kong berkenaan memberi reaksi dengan kenyataan Perdana Menteri dengan menyifatkan setiap individu bebas menyuarakan pandangan.

Lam bagaimanapun bertegas beliau tidak akan meletakkan jawatan ekoran peningkatan insiden keganasan di wilayah itu.

Beliau berkata, tindakan meletak jawatan tidak akan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di Hong Kong ekoran protes berlarutan rakyatnya.

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular