BINTULU – Ekoran daripada laporan kehilangan seorang kanak-kanak di sini, pada Isnin lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin lalu telah mengeluarkan satu siar raya NUR Alert dalam usaha bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.

Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6 tahun yang dilaporkan hilang pada 28 September lalu didakwa dilihat pada kali terakhir di Kampung Baru Laut, Bintulu pada jam 2 pagi dengan memakai baju berwarna ungu dan berseluar pendek berwarna merah.

PDRM/Facebook

Menurut kenyataan PDRM, Puteri Nurardiana Damia Qaisara difahamkan berketinggian 120 sentimeter dengan berat 18 kilogram, berkulit cerah dengan rambut yang lurus paras bahu. Laporan berkaitan kehilangannya telah dibuat pada hari Sabtu.

Menurut The Sun Daily, satu usaha mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pihak polis bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta orang awam.

Ketua Polis Daerah, Supt. Zulkipli Suhaili menjelaskan bahawa ibu kepada Puteri Nurardiana Damia Qaisara mendakwa bahawa dia hanya menyedari akan kehilangan anaknya pada jam 3:30 pagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi segera Insp. Diana di talian 019-6369984 ataupun IPD Bintulu di +6086-318304.

Sumber: PDRM/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular