Haiwan seperti anjing khususnya memang dilahirkan dengan naluri dan sifat pelindung. Jika dijaga dengan baik, anjing sanggup mengorbankan keselamatan dan mempertaruhkan nyawanya sendiri demi melindungi manusia yang dikasihinya. Itulah nampaknya yang berlaku kepada seekor anjing bernama Zeus.

GoFund Me 

Zeus merupakan seekor anjing berbaka pit bull yang sangat disayangi oleh keluarga manusianya. Justeru, demi memastikan keselamatan anak-anak pemiliknya, Zeus telah membahayakan diri untuk berlawan dengan seekor ular berbisa sehingga akhirnya memakan dirinya sendiri.

Menurut si pemilik iaitu Gary Richardson, kejadian mengejutkan ini berlaku Isnin lalu di luar kediamannya yang terletak di Sumter County, Florida. Pada ketika itu, dua anak lelaki Gary sedang membersihkan bekas minuman Zeus dan langsung tidak menyedari ada seekor ular sedang menghampiri mereka.

Bagaimanapun, Zeus yang peka dengan situasi itu telah bertindak menyerang ular berbisa tersebut lantas membunuhnya.

“Secara tiba-tiba, Zeus terus menyerang ular itu dan menggigitnya berulang kali. Zeus telah dipatuk sebanyak empat kali”.

GoFund Me

Seusai kejadian, bentuk muka Zeus kelihatan membengkak manakala ular yang telah mati itu pula dipenuhi dengan kesan darah. Seluruh ahli keluarga telah mengejarkan Zeus ke klinik haiwan berdekatan di Ocala, Florida bagi memberikan rawatan anti-bisa. Namun begitu, hayat Zeus tidak berpanjangan. Zeus dilaporkan mati pada keesokan harinya meskipun telah mendapat rawatan segera.

Kematian anjing kesayangan berusia lapan bulan itu sekali gus membuatkan seluruh ahli keluarga termasuk ibu Zeus iaitu Sega turut merasai kehilangan Zeus lebih-lebih setelah apa yang telah Zeus lakukan demi keluarganya.

“Situasi sangat getir kerana saya tahu Zeus akan mati. Anjing pit bull adalah anjing yang paling setia. Kematian Zeus membunuh kami semua,” kata Gary.

GoFund Me

Memetik kenyataan isterinya pula kepada saluran berita Fox 35 Orlando, Zeus telah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri dan mereka sekeluarga amat menyayangi anjing yang berani itu.

“Jika anda menjaga anjing pit bull dengan baik, anjing ini akan sanggup memberikan nyawa mereka kepada anda. Saya terhutang nyawa anak saya kepada Zeus”.

GoFund Me

Inilah dia kisah pengorbanan seekor anjing demi menjaga keluarga yang disayanginya. Mari berharap agar Gary sekeluarga dapat menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka meskipun ianya sungguh memeritkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular