Suhu negara kita yang lazimnya panas menjadikan ais krim sebagai salah satu pilihan pencuci mulut yang popular. Tidak kiralah perisa dan jenis apa-apa pun, pasti hidangan ais krim ditunggu-tunggu terutamanya buat golongan kanak-kanak.

Rasanya yang manis dan sejuk sungguh melegakan tekak ketika cuaca panas, bukan? Buat anda yang sudah bosan merasa ais krim yang dibeli di kedai, apa kata anda cuba resepi ais krim yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Meeza Anjee Temok.

Ais krim ini sungguh istimewa kerana menggunakan buah avokado dan menurut wanita itu, resepi ini amat sesuai buat mereka di luar sana yang sedang berdiet kerana tidak menggunakan gula, sebaliknya menggunakan stevia. Namun, boleh sahaja menggunakan gula ikut cita rasa masing-masing.

Bahan yang anda perlukan :

Meeza Anjee Temok|Facebook

  • Susu rendah lemak
  • Buah avokado
  • Coklat masakan (Ikut cita rasa, Meeza gunakan dark chocolate)

Meeza Anjee Temok|Facebook

  • Stevia (boleh digantikan dengan gula, ikut cita rasa)
  • Ovalette

Cara-caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan (kecuali coklat masakan) lalu kisarkannya sehingga hancur dan likat

Meeza Anjee Temok|Facebook

2. Letakkan dua ketulan kecil coklat masakan ke dalam plastik ais krim

Meeza Anjee Temok|Facebook

3. Plastik ais krim yang telah diletakkan coklat di dalamnya itu kemudian direndam ke dalam air panas untuk mencairkannya lalu ratakan. Harus diingatkan agar jangan tunggu sehingga sejuk kerana ia akan keras

Meeza Anjee Temok|Facebook

4. Kemudian tuang bahan yang dikisar ke dalam plastik lalu ikatkan. Siap!

Meeza Anjee Temok|Facebook

Tambah wanita ini lagi, walaupun resepi ais krim ini mesra buat mereka yang sedang berdiet namun dinasihatkan kepada mereka yang sedang berdiet untuk tidak memakannya secara berlebihan. Bimbang terganggu pula pola pengambilan makanan anda nanti!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular