SEREMBAN – Sejak 13 Ogos lalu, sejumlah 142 orang anggota pasukan polis telah dikesan positif dadah dalam pemeriksaan awal melalui ‘Op Blue Devil’ yang dijalankan di semua kontinjen.

Mengumumkan kenyataan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata operasi berkenaan tidak pernah dihentikan dan dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

“Kenapa nak hentikannya sedangkan pihak pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk membersihkan PDRM daripada gejala yang tidak sihat khususnya dadah. Apabila anggota polis menjadi penagih dadah, individu itu menderita brain disease”.

“Kita tidak mahukan anggota polis yang mempunyai ‘brain disease’ di dalam PDRM. Pasukan polis perlulah bersih,” jelasnya ketika sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Mengulas lanjut, Mohd Khalil berkata daripada 142 anggota yang dikesan positif dadah, setakat ini ia tidak melibatkan pegawai berpangkat tinggi.” Kamu kena faham apabila disebut saringan awal bermakna positif awal. Semua daripada 142 tadi, kita akan tuduh, jika laporan daripada patologi positif”.

“Apabila tindakan diambil pada mereka, ia sama sahaja dengan tindakan yang diambil terhadap orang awam. Tiada keistimewaan,” akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular