Sebuah lori simen dirempuh oleh lokomotif di Get Koperasi Pembangunan Kg Tersusun Mawai Baru Sdn Bhd. (KOPEMA), Kilometer 2, Pelabuhan Utara, Klang, pada petang 1 Oktober selepas mengabaikan arahan larangan melintas di laluan kereta api.

Kosmo Online/Facebook

Dilaporkan, pemandu lori berusia 43 tahun tetap melintas laluan kereta api walaupun telah dilarang oleh penjaga stesen berkenaan.

Insiden yang berlaku pada pukul 2.08 petang itu kemudiannya menjadi tular di media sosial apabila rakaman berdurasi 18 saat berjaya memaparkan insiden berkenaan dengan jelas.

Kosmo Online/Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, insiden berkenaan berlaku apabila kereta api yang dikendali oleh lelaki berusia 58 tahun yang secara kebetulan melalui laluan berkenaan dan pelanggaran itu menyebabkan lori terbabit terbalik dan muatan simen cair tumpah di lokasi kejadian.

Kosmo Online/Facebook

Manakala, lokomotif itu pula mengalami kerosakan di bahagian enjin hadapan. Namun, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua orang pemandu yang terlibat.

Kes ini seterusnya disiasat mengikut Akta Keretapi 1991 oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Rakaman video kejadian tersebut:

Kosmo Online/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular